Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAJIAN BN TENTANG P. HARAPAN KE PUTRA JAYA

PANDANGAN PENGUNDI RAMAI YANG SEDANG
BERFIKIR TAK TAHU NAK PILIH MANA !

NAK PILIH BN, ADA MASALAH BESAR, EKONOMI SANGAT MENGHIMPIT KEHIDUPAN, RASUAH BANYAK !

NAK UNDI P.HARAPAH ? MASALAH DENGAN DAP DAN PAN, MAHADHIR/ANUAR TAK LEH PERCAYA

UNTUK PENYELESAIAN PENGUNDI CARI PARTI YANG
TIDAK SEBELAH BN DAN P,HARAPAN.


UNDILAH PAS!!!

MERDEKAAAAAA !!!


-Pak Karamu-



Impian kuasai Putrajaya makin jauh tanpa Pas
Salleh Said Keruak
Salleh Said Keruak
KUALA LUMPUR – Impian Pakatan Harapan untuk menguasai Putrajaya dalam PRU14 semakin jauh tanpa sokongan pengundi Pas berikutan parti itu yang kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pencapaian besar DAP dan PKR dalam PRU 2008 dan 2013 adalah kerana sokongan Pas yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (yang sudah berkubur dan pembangkang kini membentuk gabungan baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan).

“Tanpa sokongan pengundi Pas, tentunya DAP dan PKR tidak mencapai kemenangan ini. Tanpa sokongan Pas, tentunya DAP dan PKR tidak akan kuat lagi.

“Bayangkan tanpa Pas, sejumlah 70 peratus pengundi Pas dalam PRU 2013 tidak lagi mengundi pakatan pembangkang?  Dengan peralihan undi sejumlah ini, kekuatan pembangkang tentunya tempang,” katanya dalam catatan di blognya sskeruak,blogspot.my, hari ini.

Menurut Salleh, PKR dan Parti Amanah Negara tidak boleh membantu pembangkang untuk menarik undi Melayu kerana kedua-dua parti tersebut tidak mempunyai tapak politik yang kukuh dan gabungan mereka rapuh.

“Dengan kekurangan ini, tentunya Pakatan Harapan yang baharu ditubuhkan tidak mendapat keyakinan pengundi,” katanya.

Pencapaian besar DAP dalam politik negara, kata Salleh, hanya tercapai dalam PRU 2008 apabila bekerjasama dengan Pas dan menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PKR 31 kerusi. Melalui kerjasama berterusan dengan Pas pada PRU 2013, DAP menang 38 kerusi dan PKR (30).

“Dahulu ketika DAP bertanding sendirian, pencapaian parti itu adalah jauh daripada memberangsangkan.  Dalam PRU 1969 semasa pembangkang menang besar, DAP hanya memenangi 13 kerusi, 1974 (9), 1978 (16), 1982 (9), 1986 (24), 1990 (20) dan 1995 (9),” kata Salleh.

Seramai 84.84 peratus keluar mengundi daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar pada PRU13 dengan keputusan Barisan Nasional (BN) memperoleh 5,237,699 undi,  Pas (1,633,389 undi), DAP (1,736,267 undi), dan selebihnya parti-parti lain.

“Sesungguhnya, sejarah menunjukkan Pas adalah tunjang kepada kekuatan pembangkang sepertimana Umno adalah tunjang kepada kekuatan BN. Kini realitinya, DAP adalah tunjang kepada Pakatan Harapan,” katanya. - Bernama

11 orang berkata:

Anonymous said...

Undi pas lagi bahaya. Pak lebai pandai berlakon alim tapi songlap 90juta, songlap balak, presiden berdakap2 dgn najib. Lancau la nak undi pas. Lepas pru, hadi dan najib akan umum kerajaan gabungan pas n bn. Dan walaunta semua akan angguk2 setuju... pirahhh hahaha

Anonymous said...

Undi pas jadi makin mundur la rakyat. Pemimpin je makin kaya tambah q7, velfire, ranjer.... kang rakyat duduk dlm khemah.


Seeloknya undi parti yg membela rakyat. Parti di bawah pakatan harapan.

Anonymous said...

Elok juga pilih lobai O. Rock dan dangdut dpt digandakan.

MEMBANGUN BERSAMA DANGDUT.

Anonymous said...

Haha3 si kerak ni. Nak beritahu PRU13 aku pun undi Pas tapi utk pru14 sejak pas jadi pigs , kami x undi parti ni lagi. Pola perubahan mcm aku dan keluarga utk pru14, si keruak ni terpikir x ? Masuk dlm kajian dia x?
Sorry bro umngok,be end dan pigs tak akan dpt undi aku lps ni...

Anonymous said...

Keruak dan karamu ni sama spesis, spesis bebal dan walaUNTA

Anonymous said...

X kira apa parti 'Janji Kerajaan Haprak Sekarang Tumbang'
Parti lebai yang mesra dgn kerajan rasuah dan menindas rakyat juga kami tolak!

Anonymous said...

KERA UAK & KERA MU adalah spesis yang sama-sama bangang! Hanya dijumpai di uganda.

Anonymous said...

aku ahli pas..
kali ini aku harus derhaka dgn parti... parti pas skrg dh mcm parti pondan.. rakyat kian susah.. tapi pas nt bodooooo je kt parlimen....tdo ponteng tdo ponteng.. pastu dok berlagak kt kg sendiri dgn keta mewah AP MP hasil undi Rakyat.. dh mcm kena mandul parti pas ni....

Anonymous said...

Undi pas semua melepas

abu nawas said...

Pas penyokong parti perompak

Anonymous said...

Said Kruak tu batu api,takut bn kalah nanti perut jadi genting kruak kruak kruak kruak kruak

SEMUGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA RAKYAT UNTUK MENGUNDI PEMIMPIN YANG AKAN MEMBELA NASIB RAKYAT, YANG MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT, YANG TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT, YANG TIDAK BERPURA PURA, YANG TIDAK MENIPU RAKYAT, SEMASA PRU14 NANTI

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.