Agong perkenan penubuhan suruhanjaya siasat Bank Negara
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V perkenankan
penubuhan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus
Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an, menurut
Pejabat Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata penubuhan
itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) dan
penubuhan suruhanjaya siasatan itu berkuat kuasa 15 Julai 2017.
Selaras dengan peruntukan Akta 119, Seri Paduka turut memperkenankan
keanggotaan suruhanjaya dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek
Hassan dilantik menjadi pengerusi suruhanjaya.
Bidang kuasa suruhanjaya itu adalah:
Menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga
pertukaran mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia sekitar
tahun 1990-an serta implikasinya kepada ekonomi negara.
Menentukan sama ada penglibatan Bank Negara Malaysia dalam aktiviti
urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian tersebut adalah
bertentangan dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang
yang berkaitan.
Menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat
sebenar berhubung kerugian Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus
niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengelirukan
kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.
Mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap pihak-pihak
yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati
mereka menyebabkan kerugian Bank Negara Malaysia serta menyembunyikan
fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian itu; dan Mengesyorkan
langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang
Kenyataan itu berkata suruhanjaya itu akan menyelesaikan siasatannya
dalam tempoh tiga bulan mulai tarikh kuat kuasa penubuhannya dan akan
menyembahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan keanggotaan suruhanjaya yang
terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said,
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan
dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan
Sri Saw Choo Boon dan Ahli Institut Akauntan Malaysia yang juga Ahli
Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi
firma Ernst & Young, Pushpanathan S.A Kanagarayar.
Baginda turut memperkenankan pelantikan Setiausaha Bahagian Pelaburan
Kementerian Kewangan Datuk Dr. Yusof Ismail sebagai
setiausaha suruhanjaya.
Berhubung pelantikan Mohd Sidek sebagai pengerusi suruhanjaya dan Saw
sebagai ahli suruhanjaya, kenyataan itu berkata ini adalah bagi
mewujudkan kesinambungan memandangkan
mereka telah menganggotai
Pasukan Petugas Khas mengenai perkara yang sama sebelum ini.
Keanggotaan ahli-ahli yang lain adalah mengambil kira kelayakan dan
pengalaman mereka dalam bidang-bidang yang berkait rapat dengan siasatan
yang dijalankan suruhanjaya, kata kenyataan tersebut. - Bernama
9 orang berkata:
Aku setuju ja. Siasat semua jgn nak selindung2. Lebai ka sapa ka kasi siasat semua, kalau salah kasi sumbat masuk jel.
1MDB ???
Pegang anjing, boleh samak dan gi solat.
Makan dedak 90juta boleh samak ke?
semua boleh samak, kaki bontot pun boleh samak hehe.. xda hal.. yg sumbat org dlm jel atas tuduhan kaki bontot pun boleh samak xda masalah hehe.. xkan la belah ko je boleh samak tp belah orang lain x boleh.. mana boleh gitu hihi..samak sama2 la demi secebis kuasa, ape masalah hihihi.. jgn gaduh2.. samak sama2 hihihihi
Sekadar tuduhan dan fitnah tak perlu samak,,samak mulut yg melakukan fitnah tu ada la. Oh ya,,yg khalawat dgn bini kawan sendiri seperti mat sabu tu kena samak.
Dosa fitnah terhadap manusia kena minta maaf x?
Pas bakal jadi parti lebai malang....
Kelantan bakal dapat pemerintahan baharu pada pru 14.
Tahniah Kelantan.
Misi bina Kelantan semula
semua parti fitnah... kemon la umur ko berapa ni? ko ingat wujud ke parti politik demokrasi yg x fitnah orang hehehe kemon la.. ko ni darjah 6 ke iaitu bersamaan 12 tahun?hehehe.. jgn serius sangat yg x ketentuan arah dan wat lawak bleh x.. hehehw
Post a Comment