Exco gesa pemimpin Bersatu bersihkan nama
KUALA LUMPUR - Pemimpin tertinggi Bersatu didesak untuk segera
membersihkan nama masing-masing sebelum menuding jari kepada orang lain.
Exco Armada Pusat, Muhammad Hafiz Azhar berkata, sudah banyak persoalan
ditanyakan kepada ketiga-tiga kepimpinan tertinggi Bersatu namun
sehingga kini masih tiada jawapan yang diterima.
"Di sini, kami ingin mendesak Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamed,
Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri
Mukhriz Mahathir untuk tampil menjelaskan persoalan kami ini.
"Antara persoalan-persoalan yang kami utarakan ialah mengenai kekayaan
luar biasa anak-anak Tun dan juga skandal yang terpalit oleh Muhyiddin
dan Mahathir sendiri," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Exco Armada Pusat, Abd Wahazir Abd Wahabi sebelum ini pernah mendesak
Mahathir dan Muhyiddin supaya tampil secara terbuka memberi penjelasan
kepada rakyat berhubung isu mengaitkan diri mereka.
Mengulas lanjut, Muhammad Hafiz berkata, jika tiada jawapan diterima,
beliau akan menggunakan platform program 'Nothing To Hide' yang
ura-uranya bakal didakan pertengahan Ogos nanti untuk mendapatkan
penjelasan yang ditunggu-tunggu.
"Kami dapat maklumat akan ada program forum tersebut dan Tun merupakan
salah seorang yang akan hadir, justeru, kami ingin bertanyakan soalan
ini secara terus kepada beliau.
"Sebelum ini, kami hanya menggunakan medium kumpulan WhatsApp yang
turut disertai Ketua Armada Bersatu, Syed Syaddiq Syed Abd Rahman namun
tiada jawapan.
"Selain itu, kami turut berharap agar Muhyiddin akan menjadi salah
seorang panel supaya forum tersebut akan menjadi medan buat akar umbi
mendapat penjelasan sepatutnya," katanya lagi.
3 orang berkata:
Kalau buat nothing to hide kat hardi pun cantik jugak. Banyak benda org boleh tanya.
Ada berani?
Buatlah bulan ogos ni
Hantar gambar cotey topi german guna WA lagi kotor
Ni group umno menyamar masuk bersatu. Eh ketua cawangan pun ada?
kah3
Post a Comment