Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR TAK PATUT NGELABAH, BUKANKAH PKR KUAT ? DIAM-DIAM SAHAJA SUDAAAAHH !


Pas diminta henti uji kesabaran PKR
Tian Chua
Tian Chua
SHAH ALAM - PKR minta Pas menghentikan segala tindakan yang boleh mencabar kesabaran parti tersebut.

Perkara itu disuarakan Naib Presidennya, Tian Chua selepas Pas mengambil pendekatan melancarkan jentera pilihan raya di Parlimen Permatang Pauh.

Beliau mendakwa, ia satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu pembangkang menewaskan BN.

“Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi parlimen yang berkait rapat dengan PKR dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan Reformasi sejak PRU 1999 lagi.

“Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi PKR sebanyak enam kali pada PRU dan PRK. Sudah tentu kami sanggup mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, pendirian Pas mahu menawan Permatang Pauh hanya menunjukkan pembangkang sedang bertelagah sesama sendiri.

“Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap ia masih sebahagian daripada pembangkang yang ingin mengalahkan Umno dan BN pada PRU14,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof  ketika dihubungi membidas kenyataan Tian Chua itu.

Mohd Fauzi berkata, Pas tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan, apatah lagi tahaluf siyasi dengan PKR di negeri ini.

“Atas dasar apa yang dia (Tian Chua) nak pertikai apa yang hendak Pas lakukan?

“Kita dah tak ada apa-apa ikatan dengan mereka dan Pas kini berada di dalam Gagasan Sejahtera. 

Jadi kami berhak melakukan apa sahaja gerak kerja yang dirasakan perlu,” katanya, semalam.

Mohd Fauzi berkata, PKR tidak mempunyai hak untuk mengarah dan menghalang sebarang tindakan dilakukan Pas.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Pas Permatang Pauh hanyalah gerak kerja awal untuk menggerakkan jentera parti.

“Sama ada Pas akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan empat Dun, hanya bergantung kepada keputusan kepimpinan Pas Pusat,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Sombongnya si lebai malang ni.
Ok xpe cakaplah sesuka hati mu wahai lebai.
Kita tunggu dan lihat.

hamim said...

KALAU KITA BERPENDAPAT KITA YANG TERBAIK, KITA AKAN JADI RIAK, BONGKAK SOMBONG DAN KITA AKAN RASA KITA PANDAI, YANG SEBENARNYA KITA BODOH SOMBONG, CERDIK TAK BOLEH DIIKUT BODOH TAK BOLEH DIAJAR, APA KESUDAHANNYA ????? TUNGGU DAN LIHAT, SAMPAI MASANYA NANTI JANGAN MENYESAL, SEELOK ELOKNYA LIHAT DULU SEBELOM MELOMPAT, JANGAN DAH TERANTUK BARU NAK TENGADAH.

Anonymous said...

Ayat mcm tajuk ni buat aku berkobar2 nak berkempen jatuhkan umngok dan pigs.
Cuba all out pru 14 ini demi menangkis riak sang lebai.

Anonymous said...

PIGS ni riak betol yer...
Mcm dah hebat sangat

hamim said...

Pak Karamu semenjak akhir akhir ni tajuk tajuk yang pak karamu tulis kebanyakannya seolah olah pak karamu saja yang betul, bongkak, riak, menghina, menyakiti hati orang jarang jumpa yang membina, rasa rasanya saya dan pak karamu ni dah Maghrib, menunggu Isya sahaja, cuba kita perbetulkan apa yang tak betul, hilangkan perasaan dendam, benci, sakit hati, kita mengaku kita ni umat Islam, setiap hari sekurang kurangnya 17 kali kita minta Allah tunjukkan jalan yang lurus, belum tebayang lagi ke jalan yang lurus, sama samalah kita berdoa agar semua umat Islam mengikut jalan yang lurus. IN SHA ALLAH

Anonymous said...

Islam pas memang cam tu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.