Pas jawab kritikan, tidak pernah lari prinsip
SHAH ALAM - Pas tidak pernah lari daripada dasar dan prinsip perjuangan Islamnya sejak ditubuh lebih 60 tahun yang lalu.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata,
matlamat Pas jelas iaitu memperjuangkan Islam melalui politik dan pihak
yang mempersoalkan matlamat itu tidak faham dan mengikuti sejarah
penubuhan parti itu sejak awal.
Tegasnya, Pas tidak perlu berubah menjadi pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang tidak perlu menang pilihan raya, jika hanya mahu
memperjuangkan Islam di negara ini.
“Pas bertanding untuk menang. Kita bukan angan-angan Mat Jenin, kita
tahu realiti politik tanah air. Kita buat kajian sendiri dan mengambil
kira pandangan pihak ketiga.
“Tidak seperti Pakatan Harapan, menang pun belum tentu, tetapi dah
berebut-rebut hendak jadi perdana menteri. Sudah menyasarkan siapa yang
akan jadi perdana menteri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Pas realistik dan akan menjadi pencatur utama dalam politik negara.
“Pas akan menjadi pencatur utama politik Malaysia dengan menyasarkan
menang sekurang-kurangnya menang 40 kerusi parlimen dan tawan empat
negeri.
“Walaupun tidak memerintah, tetapi Pas mencongakkan politik Malaysia
dengan kekuatan yang kita ada. Tanggapan mengatakan Pas bertanding bukan
untuk menang itu salah sama sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian, mengulas kenyataan penganalisis politik dari
Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, bahawa Pas
tidak perlu menjadi parti politik jika mahu membawa agenda Islam tanpa
berhasrat bertanding pilihan raya.
Mohd Azizuddin pada Wacana Sinar Harian Siri 48, bertajuk 'Pakatan
Harapan vs Barisan Nasional, Mari Kita Nilai' di Dewan Karangkraf,
kelmarin berkata, kedudukan Pas dalam politik tanah air dilihat sudah
tidak relevan kerana agenda parti itu telah dilaksanakan oleh Umno.
Katanya, Pas tidak perlu jadi parti politik sekiranya ia hanya mahu membawa agenda Islam tanpa berhasrat menang pilihan raya.
Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi menyangkal kenyataan kehadiran Pas dalam pilihan raya hanya akan memecahkan undi.
“Tidak ada latar belakang apabila berlaku pertandi-ngan tiga penjuru
akan memenangkan BN atau Pakatan Harapan. Tanggapan ini tidak berasaskan
kepada analisis menyeluruh.
“Hanya berdasarkan analisis tertentu dan lebih dipengaruhi keputusan
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lepas. Sedangkan tidak semua
kerusi di Malaysia sama seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar,”
katanya.
Katanya, analisis perlu dibuat menyeluruh melibatkan semua parlimen dan Dun.
“Di setiap 222 kerusi parlimen seluruh negara, kita tahu apa potensi
Pas, jika berlaku pertandingan dua atau tiga penjuru. Kerana itu,
Pakatan Harapan, BN dan DAP perlu dikalahkan. DAP tidak boleh dibenarkan
mendominasi politik Malaysia dengan semangat ultra perkauman mereka,”
katanya.
Sementara itu, mengulas sindiran Pas perlu berfungsi sebagai NGO, Mohd
Zuhdi berkata, peranan NGO dan parti politik dalam bidang menentukan
polisi dan kepimpinan negara tidak ada sempadan lagi.
Katanya, di mana-mana dalam dunia maju, peranan NGO dan parti politk dilihat hampir sama.
“Tetapi parti politik bertanding pilihan raya atas kapasiti politik.
Namun, NGO boleh menyertai pilihan raya (mungkin) melalui mana-mana
parti politik.
“Kalau mereka menganggap bahawa politik ini, peranannya hanya dimainkan
oleh parti-parti politik sahaja, pandangan tersebut sudah tidak relevan
lagi, sudah ketinggalan zaman,” katanya.
Mengenai blok Gagasan Sejahtera, Mohd Zuhdi berkata: “Ia bukan blok politik kecil.”
12 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [4001] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 680 JUTA , wassalam.
Blok PIGS
Bukan kecil tp Pigs gemuk2
Ha3
Mana satu yg kita nak dengar yg kita nak percaya??
Lebai Dogol kata bertanding bukan utk menang. Pembantu lebai dogol kata bertanding untuk menang.
Makin lama makin biol anak buah lebai dogol dibuatnya
1/3 ahli pas dah masuk amanah, 1/3 harum manis. Tinggal 1/3 je yg nak undi pas. Itu pun yg tua2 dah meninggal.
zuhdi ni umno....
100% umno...
kajian bodo dia hanya akn melingkopkan pas je....
cuma pimpinan yg bangang je akn ikut kajian dia ni....
rasa2 saham kohilal & projek karbon ekzos pun hasil kajian dia gak...
patut le bankurap....
kalau dia ni jadi DR perubatan.. ramai le pesakit yg akn jadi mayat cepat... wad kurang.. rumah mayat kena lebih..... sakit lain bagi ubat lain.. sakit jantung.. pi bedah buah pinggang.. ini politik Malaysia la Zuhdi....
patut lempar kajian zuhdi ni kt dlm jamban je.. ni Politik Malaysia le Zuhdi? x mau campur org gi dok dlm laut jadi Tukung Tiruan... Tunggu tahun dpn kot Ayah Chik & Syebbiri2 mulut buih nk lempar tukung dlm laut... mu register siap2 jadi tukung tiruan...
sb kajian si bangang ni la.. P@$ Retak Seribu.. tunggu nk lerai je... Name zuhdi akn terpahat dlm sejarah kepupusan tDinosor yg bernama PASsurus.... mati dia bukan sb berlawan.. mati sb virus zuhdi...
Kalu temberang ni serahkan kat lobai pas.
Babi pun dia kata boleh terbang
tgk muka zuhdi ni pun meluat....
org dlm pas pun byk x suka dia..
entah dari mana kutip pun x taw.. dulu haram x pernah tgk muka pun.....
mcm A.Rahim pun ade....
Post a Comment