Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI TIDAK YAKIN MAJLIS KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN

Rakyat akan tunggu dan lihat dahulu - Pas
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Ramai pengundi akan melihat dan menunggu dahulu bagi memastikan gandingan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar bermuafakat menjelang PRU14.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebahagian besar rakyat akan menilai perkara itu dahulu.

Menurutnya, ini kerana sebahagian besar rakyat masih kurang yakin dengan gandingan dua pemimpin itu.
“Bagaimanapun, gandingan ini mungkin boleh diterima dengan tiga faktor.

“Iaitu, sejauh mana mereka boleh menarik pengundi khususnya orang Melayu, sejauh mana parti Amanah dan Bersatu yang belum pernah terlibat dalam PRU boleh menyumbangkan sesuatu untuk pakatan dan sejauh mana gandingan ini mampu memberikan kerjasama yang baik,”katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tentang logo pakatan yang baharu kerana menganggap ramai pengundi daripada parti komponen Pakatan Harapan itu sendiri lebih sinonim dengan logo parti masing-masing yang asal.

“Ini adalah sentimen kecintaan terhadap logo parti yang menebal. Wujudnya logo baharu ini menyebabkan rasa kehilangan terhadap logo yang awal,” katanya.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Pengerusi pula adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Manakala, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu adalah timbalan presiden. Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub menjadi naib presiden.
 

13 orang berkata:

Anonymous said...

KAMI LAGI TAK YAKIN DENGAN KEPIMPINAN KESATUAN PIGS

Anonymous said...

Kami sokong kejaan uganda sebab rock dan gelek dangdut dah bole masuk negeri uganda

Ajk chai marang said...

Yup.

MEMBANGUN BERSAMA DANGDUT.
HIDUP ROCKERS 3 kali

Anonymous said...

Hukum rotan 100 kali ada.
Rock ada.
Gelek dangdut ada.


Highway x ada.
Hutan simpan dekat2 x ada
Ikan kelah dah x ada

Anonymous said...

Kalau kepimpinan pas buang si hadi tu dan tukar dengan nik abduh, barulah semua org yakin

Anonymous said...

Saya cadangkan lantik mokhta senik jadi presiden pas. Barulah keyakinan org melayu kpd pas skan meningkat.

Anonymous said...

Nik abduh jadi MB, yb Tan jadi TMB dan nik amar jadi ketua pemuda. Insyaallah hukuman ruu355 akan berjaya dilaksanakan. Aminn

Anonymous said...

kami yg ahli p@$ pun x yakin dgn hadi & the gang.. bt sementara kami boikot... usrah,penerangan gerak kerja kami malas nk hadir & degar... kalau pi pun.. walla walla walla walla... p@$ je islam.. parti yg lain haram zadeeee kapir munafik pasik pacung tanam jirat buta quran... blaaa blaaaaa blaaaaa.... p@$ syurga... yg lain pikir2 sendiri....

Anonymous said...

dh cerai cerai la la...
ni sibuk pasal PH bt pe?
dh le kt Selangor mcm gila talak.. dh cerai tapi kebulor nk bersekedudukan haram... mane maruah selaku parti islam..
lidah cabang gila talak...

Anonymous said...

Mcmna nak yakin,,tun m,,skandal bmb,perwaja,pkfz,misc,forex. Wazizah si tunggul kayu boneka cina dap, muhyiddin skandal dgn amoi bini org, mat sabu si khalwat dgn bini kawan sendiri dan berbual lucah, mukhriz yg kaya raya kerana dia anak pm, lim guan eng didakwa rasuah bunglow terlajak murah dan pejuang lgbt, rafizi si raja fitnah ,,nfc,cincin 24 juta, tabung haji bankrup dll lagi......hanya manusia tidak waras saja yg mengkagumi org2 di atas.

Anonymous said...

Ahli pas pun tak yakin tuan man mampu jadi presiden pas. Moktar snek lagi layak

Anonymous said...

Aku kagum kat lobai yg dpt 90j. Bukan senang dedak nak masuk akaun woiii. Org2 terpilih sja yg dpt

Anonymous said...

Lobai yg tunjuk gambar kote dia kat janda guna wassup, boleh rotan 100 kali depan masjid ke?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.