Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUPANYA MAHADHIR NI JAHAAAAAT !


‘Umno sembunyi salah laku Tun M’
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
KUALA TERENGGANU - Pemimpin Pas mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang menyembunyikan salah laku bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun mentadbir negara.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, amaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuka aib dan salah laku Mahathir jika pemimpin terbabit mencampuri urusan Umno mengesahkan bahawa Mahathir pernah melakukan salah laku ketika zamannya.

Beliau menegaskan, tindakan salah laku itu tidak sepatutnya dibiarkan pemimpin Umno sebaliknya mereka perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan dilakukan Mahathir.

“Sekarang baru mereka ugut nak dedahkan salah laku Mahathir. Salah laku selama berpuluh tahun ini telah meninggalkan kesan parut kekal yang hodoh kepada negara. Bukan hanya nasi telah menjadi bubur tapi buburnya juga telah basi dan berbau.

“Tanggungjawab atas kerosakan lantaran salah laku Mahathir selama berpuluh tahun ini wajib dipikul bersama oleh semua pemimpin Umno yang pernah bersama Mahathir. Bukan hanya Mahathir seorang diri. Ajaibnya kalau mereka yang pernah menyokong segala tindakan Mahathir selama ini, sekarang mula berlagak suci,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, tindakan Ahmad Zahid mengugut Mahathir turut menguatkan dalil bahawa Mahathir banyak melakukan salah laku yang tidak putus-putus ditentang Pas selama tempoh pentadbirannya.

Beliau juga tidak hairan jika Ahmad Zahid mengetahui rahsia salah laku Mahathir itu berikutan hubungan ‘anak buah’ dan bos yang pernah wujud antara kedua-duanya suatu ketika dahulu.

“Pas tak pernah jemu menentang salah laku Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahannya sehingga ramai pemimpin Pas meringkuk dalam tahanan ISA malah ada yang dibunuh kejam di Memali,” katanya.

Mengulas lanjut, Azman turut menggambarkan situasi yang berlaku melibatkan Ahmad Zahid itu sebagai anak buah yang memperlekehkan bekas bosnya sendiri sedangkan Mahathir pula sentiasa ingin menjadi pemimpin dan tidak menghiraukan orang lain.

“Salah seorang Melayu yang mudah lupa ialah Mahathir sendiri. Antara yang mudah lupa juga ialah mereka yang sekarang ini berada sepentas dengan Mahathir bagaikan terlupa bahawa asbab parti mereka ditubuhkan dulu adalah untuk membela pemimpin besar mereka yang dipecat oleh Mahathir.

“Zahid adalah salah seorang pemimpin muda Umno yang bersama Anwar sebelum membuat ‘U-turn’ untuk kembali menumpahkan ketaatan kepada Mahathir. Barangkali ada juga unsur-unsur kelupaan,” katanya.

8 orang berkata:

Wan ajk cai pusat uganda said...

Salam dangdut dari kami di serambi rock.

MEMBANGUN BERSAMA DANGDUT.

Anonymous said...

Saya wan roslee syarikat karbon. Sapa ada hutan sejuta ekar di zimbabwe boleh kontek saya untuk kawtim 50 juta ugandas setahun. Alamat saya di blok 12 jalan uganda timur. Nak beli saham labu peram syarikat saya pun boleh...

Ding ayang desak's limited bhd said...

Ada tak sapa2 lobai kat sini yg nak dedak free? Sykt kami boleh uruskan. Bagi no akaun aping beng, kami boleh masukkan dedak tu online terus dalam akaun.

Anonymous said...

pak lebai lagi jahat, sebat rm90juta nafikan dlm FB jer, buat jahat berselindung disebalik serban dan jubah, kononnya alim tapi serupa setan. semua tu nak menipu org kampung.

pakai lebai tapi tunjuk kote dlm whatsapp hehehe eee tak maluuu.

Anonymous said...

Si dogol yg kerja kapirkan orang tu lagiiii jahat. Pak keldai tolong tahan passport masyuk sorga dia tu yerr

Anonymous said...

Spender besar (used) kaler putih untuk dilelong. Sesiapa berminat hubungi mat sotong. Bantu kami untuk penuhkan tabung milo saman sr

Anonymous said...

Peragai pemimpin pemimpin AMNO dari dulu tak pernah beubah, itu sebab selogannya DULU, KINI DAN SELAMANYA. "DULU" angguk apa Tun Mahadir cakap, jika ada kesalahan tutup, "KINI" pun serupa angguk dan tutup semua kesalahan pemimpin malah bodek, ampu seboleh bolehnya, "SELAMANYA" Selama lamanyalah perangai tersebut tak berubah. TETAPI YANG MENGHAIRANKAN PAS PUN DAH SAMA DIJANGKITI PENYAKIT TERSEBUT. PAS BOLEH BERBAIK BAIK DENGAN AMNO, PEMIMPIN PAS MEMEJAMKAN MATA APA JUA KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN BN TERUTAMANYA DALAM ISU 1MDB, KONONNYA PAS MEMPUNYAI CARA TERSENDIRI MENANGANI ISU 1MDB, JANGAN 1 MALAYSIA DALAM BAHAYA BAHARULAH PEMIMPIN PEMIPIN PAS NAK GENYEH MATA, BUKAN BUKA MATA TAPI GENYEH MATA. PENGIKUT PAS PUN SAMA, SEJAK KEMBALINYA ARWAH TGNA, IKUT SAJA APA PEMIMPIN PAS KATA, SEDARLAH... RAKYAT MENDERITA DENGAT PENIKATAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI, BAYANGKANLAH KALAU DULU GULA RM1.45 1KG SEKARANG RM2.90 1KG, DULU KERANG RM2.50 1KG SEKARANG RM9.00 1KG, IKAN KEMBUNG DULU RM12.00 1KG SEKARANG RM23.00 1KG, IKAN SARDIN TIN BESAR SEBELUM GST DILAKSANAKAN RM6.++ 1TIN SEKARANG HAMPIR RM9.00 1TIN, KERANG, IKAN SARDIN , IKAN BILIS, UDANG KERING DAH JADI MKANAN ORANG YANG BANYAK DUIT , KALAU DULU ORANG MISKIN BOLEH BELI KERANG 2 KILO, BERAS 2 KILO, MASAK NASI REBUS KERANG BOLEH BAGI ANAK MAKAN, SEKARANG BELI BERAS BUAT BUBUR BAGI ANAK MAKAN, SEDARLAH PEMIMPIN, PERJUANGKAN LAH NASIB RAKYAT...PERBETULKANLAH SEGALA KEROSAKAN YANG TERJADI DI MALAYSIA INI, YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BERKUASA, SEANDAINYA DATU SERI NAJIB DAN PEMIMPIN PEMIMPIN BN MENTADBIR URUS KERAJAAN MALAYSIA DENGAN AMANAH DAN BERTANGGUNG JAWAB KEKALKANLAH SEMASA PRU14 NANTI TETAPI JIKA SEBALIKNYA TUKARLAH KEPADA PEMIMPIN PEMIMPIN YANG LEBIH AMANAH DAN BERTANGGUNG JAWAB, MENUNAIKAN SEGALA PERITAH MU DAN MENIGGALKAN SEGALA LARANGAN MU, MAKBULKANLAH YA ALLAH, AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RAB BAL AALAMIN

Anonymous said...

Hahaha3 sembunyikan eh. Ayat tak boleh blah...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.