Abdul Hadi perlu rehat dua bulan lagi
MESYUARAT Kedua Dewan Rakyat bagi Penggal Kelima, Parlimen ke-13 akan berlangsung selama 12 hari bermula 24 Julai hingga 10 Ogos depan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dapat hadir atau tidak ke sidang Parlimen kali ini,
berikutan beliau masih belum sihat sepenuhnya selepas menjalani
pembedahan pada pertengahan Mei lalu.
Menurut anak sulung Abdul Hadi, Muhammad Khalil kepada Sin Chew Daily,
ayahnya yang berjaya menjalani pembedahan penggantian injap jantung di
Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu, perlu rehat antara satu
hingga dua bulan lagi.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjadi tumpuan pada sidang
Parlimen kali ini kerana usul beliau mengenai Rang Undang-Undang (RUU)
Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) akan
dibahaskan dan diputuskan kelak.
Menurut akhbar berkenaan, usul Abdul Hadi diletakkan di nombor 10 mengikut aturan urusan mesyuarat.
Pembentangan RUU 355 dibuat Abdul Hadi pada hari terakhir sesi sidang
Parlimen lalu. Sejurus beliau selesai membentangkan usul itu, ia
disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga
Setiausaha Agung Pas.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian
membuat keputusan usul itu akan dibahaskan dan diputuskan pada sesi kali
ini.
2 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2970] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 580 JUTA , wassalam.
Tangguh lagi...
Post a Comment