Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANAK ADUN AMANAH MILIKI 200 PIL KUDA

AMANAH ADALAH PARTI ISLAM SEBENO-BENO ISLAM, ANAK ADUN PARTI ITU MILIKI 200 PIL KUDA, HMMM HIDUP AMANAH !

Mardekaaaaa ! Mardekaaaaa !

-Pak Karamu-

  Anak pemimpin Amanah ditahan miliki 200 biji pil kuda




Anak pemimpin Amanah ditahan miliki 200 biji pil kuda
POLIS menahan anak lelaki seorang pemimpin Amanah kerana memiliki 200 pil methamphetamine atau pil kuda di depan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor Kampung Jelutong, Kelantan semalam, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Menurut laporan itu, pemimpin berkenaan juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan pihak berkuasa daripada Bahagian Narkotika Kota Baru sekitar 3.30 petang, kata laporan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan tangkapan itu dan mengatakan suspek dibawa ke Mahkamah Kota Baru bagi mendapatkan perintah reman.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya," kata Ismail.

Sementara itu, menurut Awani suspek cuba melarikan diri semasa pihak berkuasa memperkenalkan diri.

Suspek terjatuh ke atas tanah dan berlaku pergelutan, bahkan suspek melawan semasa polis cuba menahannya dan enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dilakukan, lapor Awani.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beg plastik berwarna biru yang dibungkus dengan tisu putih yang mengandungi 198 pil berwarna merah dan dua biji pil berwarna hijau disyaki dadah. – 19 November, 2017.

DALAM PADA ITU

BAPA KEPADA BAPA BUDAK PIL KUDA INI MEMBUAT KENYATAAN:

Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam
AddThis Sharing Buttons

Husam Musa
Husam Musa
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU - Adun Salor, Datuk Husam Musa mengakui hanya mendapat tahu anaknya direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda, jam 5.22 petang tadi menerusi laporan sebuah portal tempatan.

Husam menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini berkata, sehingga kini tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat terhadapnya mengenai penahanan itu.

"Saya hanya mendapat tahu anak saya, direman di Mahkamah Kota Bharu menerusi perkongsian laporan sebuah portal tadi.

"Juga tiada pemakluman polis beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.


Sinar Harian hari ini melaporkan anak lelaki seorang Adun di negeri ini ditahan polis kerana dipercayai memiliki 200 butir pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas - Salor, Kampung Jelutong, di sini, semalam.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, anggota serbuan membuat pemerhatian kira-kira lima minit terhadap seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah rumah di kampung itu.

Menurut Husam lagi,beliau juga tidak diberitahu lokasi penahanan anaknya.

"Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam anak saya ditahan sekumpulan lelaki.

"Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis," katanya lagi.

49 orang berkata:

An Anonymous said...

Walau anak siapa sekalipun bukanlah utk kita sorakkan selain patut diambil iktibar sbb kita pun ada anak juga kan.. ��

Anonymous said...

Pak karamu ada bukti ke pil tu keluaran kuda?.. Kuda jenis mana?.. Kuda belang ke kuda padi ke kuda apa?..

Sila tunjukkan bukti pil tu keluaran kuda.. Atau pak karamu nak kami saman baru tunjuk bukti di mahkamah.. Tunjuk sekarang takut persatuan kuda2 semalaysia tangkap pak karamu kerana memiliki rahsia pil keluaran kuda?..

Pak karamu nak cakap kami bersalah la ye, sebab tak saman pak karamu sedangkan pak karamu tak sabar2 nak tunjuk bukti pil keluaran kuda tu..

Anonymous said...

Tak kira siapa pun. Kalau betul anak adun tu ada pil kuda, dia juga oerlu dihukum dgn undang2 yg setimpal. Amanah tidak akan sokong kemungkaran. Amanah nak ketelusan. Amanah tak nak sembunyi benda tak baik spt mana golongan lebai sembunyi drp rembat dedak$$

Anonymous said...

Saman kepala otak kau. Ini kerja polis la. Polis akan jalankan tanggungjawab. Ini bukan kes dedak yg boleh saman nenyaman

Anonymous said...

Baik saman husam, fizi dan ambiga. Saman pak karam berapa sen je dapat....

Anonymous said...

Yg kena tangkap bawak pil kuda tu adun amanah ker anak dia? Klu anak dia tu tak ada kena mengena dgn parti amanah la.

Anonymous said...

Dulu ada org tuo nak mapoh fitnah org tokey pil kuda.

Anonymous said...

Kes polis tu kes polis.. Kita mempersoalkan kenapa namanya pil kuda.. Memburuk2an spesies kuda..

Terasa ye?.. Bukan mulut tu dah macam bertasbih ke duk ulang pasal jual pil kuda?..

Anonymous said...

Dan tak kira sesiapa pun.. Kategori penjual pil kuda tetap ditentang pas sebagai calon..

Tapi kena faham la, tu salah satu kriteria pas tak nak sebagai calon dari beratus kriteria.. Isu calon terdahulu sebab dia berfahaman sosialis yang pas tak kan bersetuju..

Anonymous said...

200 bijik kategori penjual la kan?.. Layak digelar penyangak..

Anonymous said...

Apa2 isu yang berkaitan dengan keluarga amanah tidak akan dijawap..menghormati keluarga yang sedang dilanda musibah..

Yang ni boleh jawap sebab isu ini dimulakan oleh psm dan pkr dulu..

Kategori penjual pil kuda tetap ditentang pas sebagai calon..

Tapi kena faham la, tu salah satu kriteria pas tak nak sebagai calon dari beratus kriteria.. Isu calon terdahulu sebab dia berfahaman sosialis yang pas tak kan bersetuju..

Anonymous said...

Pil kuda 200bijik haram, dedak 200juta halalan toyibban.

Anonymous said...

200juta?... Saman pas kat sarawak report berkenaan artikel 90 juta je..
Tu pun berkait dengan amanah yang tak kan diulas..

Anonymous said...

Psst.. Kem muhyidin tak datang sign bayar 20 juta 1 kerusi.. Gila ke kalau 40 kerusi menang x 20 juta dah 800 juta bila balik umno semula nanti..

Dap tunggu dan lihat je.. Untuk selamatkan penang bawah dap, apa salahnya ikut kem muhyidin nanti..

Anonymous said...

Anak adalah amanah Allah swt kpd ibu bapa. Kedua ibu bapa yg amanah sudah tentu berjaya dgn izin Allah menjauhkan anak2 mereka daripada kemungkaran seperti 200 pil kuda dan sebagainya. Tetapi, ibu bapa yg hanya jadi pemimpin parti yg nama sahaja "amanah", tetapi sebenarnya pancacai dap lgbt,,maka begitulah hakikatnya. Badan penuh berkudis,,mengata org membawa penyakit. Kah kah....

Anonymous said...

Katanya gitu la 200j woo, lebai nasha pun menikus jer. 10 budak itam dapat 90j. Ntah laa.

Anonymous said...

Tu la tak tau lagi kan?.. Kita tunggu je saman sarawak report tu nanti camne..

Jagoan said...

Celaka bg yg jual pil@dadah. Merosakkan anak bangsa. Baik jual keta import. Ramai lebai pas nk beli.

IrWrWs said...

Nama cukup baik namun tergamak mencelakan anak pemimpin sendiri.. aku yg tak suka pemimpin kau tu pun tak sanggup nak hina anak dia apatah lagi mencelakan anak dia.. malang sungguh pemimpin kamu punyai pengikut sebegini.

IrWrWs said...

Masih tak serik ke bermain dgn api fitnah? Tanya je..

IrWrWs said...

Malangnya husam dpt penyokong macam 4:10 ni.. di kala beliau sdg menghadapi musibah, bukannya penyokongnya hendak mendoakan kesejahteraan beliau, malah sebaliknya, dipanjangkan lagi pula fitnah beliau sebelum ini.. ntah laa.. simpati buat beliau..

Anonymous said...

Jual pil kuda haram.
Klepet duit cikgu yik haram.
Rembat komisyen balak haram.
Tak boleh jadi pemimpin tu.

Anonymous said...

Fitnah bendanya kalu ada bukti!!
Nak bukti sila saman

Anonymous said...

Sapa terima 20 juta tu? Sila bagi nama. Aku nak report sprm

Anonymous said...

Rembat duit gaji cikgu pun badan berkudis jugak. 14 juta tu bukan 1.40 seng

Anonymous said...

Cerita husam ni kebih kurang MACAM cerita yg berlaku kpd nabi Nuh. Mungkin dugaan Allah sebelum datang kemenangan....

Anonymous said...

Ni semua asalnya tuduhan husam pada pas dan ditangguhkan sembang tentangnya..

Dan memandangkan umno kem najib yang mencelah, kita fokus kepada kejatuhan najib dan kembalinya kem muhyidin nanti.. Kem najib dah tak boleh cari makan nanti tau.. Kena la ada planning dari sekarang macamana nak buat nanti..

Anonymous said...

Kalau macam tu simpan je la bukti tu, kita tak minat nak saman.. Kalau nak tunjuk bukti sangat, keluarkan je bukti tu..

Pas konsisten anggap fitnah yang tak perlu dilayan sebab setakat ni macai ph sendiri pun tak caya kat ph.. Setakat menjalankan tugas..

Kalau cetamah lepas2 ni, tak yah atur kerusi banyak2..buat penat je.. Atur 30, 40 biji cukup lah..

Anonymous said...

Tunggu lepas pru la bila kerusi dah hilang.. Nanti kena la bayar kat ph..

Anonymous said...

Cerita zaman Nabi Nuh dan banjir besar jugak berkait dengan kaumnya yang melanggar perintah Allah.. Perlu di ambil teladan dan tidak membiarkan lgbt, arak dan maksiat disokong dan dilakukan secara berleluasa dan terbuka..

Untuk umat islam di malaysia, anggaplah banjir di penang baru2 ni sebagai peringatan dari Allah untuk menghalang rakyat malaysia dari terus berpesta arak, lgbt dan maksiat dari terus dilakukan..

IrWrWs said...

Syukurlah tuduhan itu kini hampir terbukti benar..

IrWrWs said...

30, 40 kerusi ceramah? Kalau bg penyokong PAN terlebih banyak dah tu..

IrWrWs said...

Mudahnya PAN bermain dgn fitnah.. macam tak serik je dgn kesah terkini..

IrWrWs said...

Fitnah ni dtg dari husam ke? Kalau ya, sahih klepet lah tu..

IrWrWs said...

Menang kut mana? DAP nak bantu utk menang di kelantan ke?

Anonymous said...

Dan sekiranya amanah menang, dap akan merayakan kemenangan amanah dengan arak.. Yam seng!!!

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

Anonymous said...

PAN sponsor pil kuda
DAP sponsor arak
PKR sponsor betina...
complete package...

Anonymous said...

Siapa org amanah yg sokong lgbt tu? Tolong bagi nama?

Anonymous said...

Bila?
Dimana?
Ada gambar?
Ini haji hadi cakapkah?

Anonymous said...

Bila?.. Erk 19 Nov 2017..
Di mana?.. Dewan orang ramai Meru, Parlimen Kapar...
Ada gambar?.. Ada...
http://taipingmali.blogspot.my/2017/11/apa-sudah-jadi-dengan-pakatan-tiada.html?m=1
Tghh cakap?.. Bukan lah.. Yang bercakap atas pentas 2 keadilan, 1 ppbm, 1 dap, 1 amanah..

Anonymous said...

Bersepah ansk org PAS..BN..UMNO..BERSATU..PKR dll ada dalam pusat pemulihan..Serenti dan Penjara sebsb dadah. Kalau dah 29 tahun umur bukan salah mak bapak dia. Kalau kira salah mak-bapak..rasanya En Zakaria pun salah jugak la sbb tak reti didik anak..anak dah kalah bicara sbb fitnah. Jadi fikir-fikirkan lah. Madalah dadah ni dah terlalu serius...sama-samalah berusaha memeranginya. Bukan dipolitikkan. Terlalu banyak politik..dah jadi politaik..anak-bangsa lingkup dlm keruntuhan moral...

IrWrWs said...

Ada ke amanah? PAN kut?

Anonymous said...

Betul2 bukan amanah tapi pan.. Eh ke pan?..ka pan?.. Kapan?... Kain ada?..

Anonymous said...

Hiburan subuh..

Pembesar parti2 sebuah permuafakatan sedang bermesyuarat mengenai halatuju permuafakatan terbabit..

Relevan lagi ke isu 1mdb?.. Kita stop je la.. Cadang matt my boo..
Tunggu dulu.. Dingar dulu apa papaji mau celite.. Arah lam pu tiang..

Ok.. Organisasi strategi kita, provoke dah buat survey.. Kita ada tanya 6 orang untuk mewakili rakyat malaysia untuk test tahap kesedaran mereka kepada isu 1mdb.. Fokus ye semua.. Pinta papazi sambil memainkan video..

1. 1mdb sejenis penyakit yang merbahaya.. Kata seorang anak muda.. Penyakit 1mdb perlu disekat dari merebak dengan penggunaan kondom oleh anak2 muda untuk tidak dijangkiti 1mdb semasa sex.. Tambahnya lagi yang kelihatan hebat berpidato..

2. Wa ada try itu beer balu.. 1mdb.. Tak ingat lunia oo.. Bahye2 don't dlink and dlive.. Kata seorang apek tua..

3. Kita tak nak gejala pasangan 1mdb, lelaki sama lelaki, perempuan sama perempuan menular dalam masyarakat kita.. 1mdb adalah hubungan luar tabii.. Bentak seorang surirumah tangga..

4. Pil 1mdb tu dadah bro.. Diorang test, lalok dia lebih sikit.. Bahye bro.. Kata seorang mat rempit..

5. 9 dragon of 1mdb.. Diorang untung 1 bilion sebulan dari hasil perjudian terlindung 1mdb.. Terang penyiasat persendirian..

Papazi menekan butang pause..
Cakap 6 orang, mana lagi 1?.. Tanya muflis, pemilik bot nelayan yang diusahakan sendiri oleh anaknya..

Yang ni, i nak semua orang fokus,ok?..i saved the best for last.. Papazi memberi arahan sambil nenekan butang play semula..

Provoke : bidang saudara?..
Saya dalam bidang it, specialist dalam the art of cyberwar, cybertrooper for dummies, keyboard warriors dsb.. Jawap si lelaki..
Provoke : adakah anda seorang macai..
Macai : erk...ya..
Provoke : pendapat anda tentang 1mdb..
Macai : 1mdb adalah sejenis virus di alam cyber.. Ianya cipta oleh seorang hacker dari indonesia bersama keluarganya dengan menggunakan nama samaran pelet santet.. Virus 1mdb yang berbentuk nomor2 ghoib seperti 200juta, 90juta, 14 juta dsb telah dihantar ke laman2 blog bertujuan melumpuhkan blog2 terpilih..
Provoke : oooo..

Papazi menekan butang stop dan memulakan bicara semula.. Kita dah nampak tahap kesedaran yang bertambah tentang isu 1mdb di kalangan rakyat Malaysia.. Oleh itu agenda 1mdb mesti diteruskan..

Setuju.. Semua yang lain menjawap secara serentak dengan penuh kegembiraan..

Anonymous said...

Dua MP PAS, anggota parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad (gambar, atas) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) berkecuali daripada mengundi.

"Kita kalah satu undi. Rakyat akan fikir bahawa dua MP yang berkecuali daripada mengundi ini menyebabkan kekalahan kita," kata Mahfuz.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin utama Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin Hassan, Nik Abduk Nik Aziz, Mohd Khairuddin Aman Razali serta ketua kelab penyokong parti Che Rosli Che Mat juga tidak hadir.

Kepala Bapak Kau Ponteng!

IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.
IrWrWs said...

Eh ye ke?? Bukan 26 MP PH yg kaki ponteng ke yg selamatkan BAJET BN 2018 tu? Keh keh. Kalau nak klepet bukan org PAS tapi org PAN ok? Boleh? Keh keh..

traceur gps velo said...

j'avais un grand plaisir car j'ai visité le blog.

Unknown said...

Saya sekeluarga ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada MBAH BUDI HARTONO,atas bantuannya saya yang dulunya cuma seorang tukan becak yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja susah,apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga saya,suatu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai angka togel ghaib dari MBAH BUDI HARTONO,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor hp MBAH BUDI HARTONO,dan saya pun menghubunginya,berkat bantuan MBAH yang telah memberikan angka ghaib hasil ritualnya yaitu 4d putaran SGP,dan alhamdulillah berhasil,kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,dan sekarang saya juga sudah buka usaha sendiri,saya sangat bersyukur melihat anak saya sudah bisa lanjut sekolah,itu semua atas bantuan MBAH BUDI HARTONO,bagi anda yang penggemar togel mau menang seperti saya silahkan hubungi 085-256-077-899

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.