BILA SULTAN MURKA MAKA PUNCANYA ADALAH MAHADHIR.
BILA RAKYAT MULA MEMBELAKANGKAN PAKATAN HARAPAN MAKA PUNCANYA ADALAH MAHADHIR ?.
AGAKNYA MAHADHIR INI AGEN UNTUK JATUHKAN PAKATAN HARAPAN !
HIDUP MAHADHIR ! HIDUP MAHADHIR ! INILAH POLITIK !
-Pak Karamu-
Selangor dicabar bertindak tegas terhadap Mahathir
(Ubah saiz teks)
TANJONG KARANG - Kerajaan Selangor dicabar bertindak tegas terhadap
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menimbulkan
kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi Idris Shah berikutan
kenyataannya yang menghina bangsa Bugis.
Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan negeri
pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mesti berani bertindak tegas
terhadap Dr Mahathir demi menjaga maruah Sultan Selangor dan rakyat
negeri ini.
"Kerajaan negeri mesti peka atas isu kemurkaan sultan, kerajaan negeri
jika berani boleh melarang Tun Mahathir memberikan ceramah di Selangor,
ia boleh dilakukan dengan mengeluarkan surat rasmi permintaan kerajaan
negeri untuk diserah kepada polis agar permit ceramah politik beliau
tidak diluluskan.
"Mohamed Azmin menjadi menteri besar selepas ia diperkenankan oleh
Sultan Selangor, jadi beliau perlu lebih menjaga hati baginda sultan
dari menjaga hati Dr Mahathir," katanya ketika ditemui pada program
penyerahan barangan keperluan kepada tujuh warga emas yang terlantar di
Kampung Raja Musa di Bestari Jaya di sini, hari ini.
Tambah Noh beliau juga yakin Dr Mahathir tidak akan mengeluarkan
sebarang kenyataan memohon maaf atas kenyataan yang dibuatnya pada
himpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14
Oktober lepas.
"Dr Mahathir seorang yang ego, dia tidak akan meminta maaf," katanya.
Semalam Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam
kenyataannya berkata Sultan Sharafuddin memandang serius, murka dan amat
kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat
Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa
Bugis.
Beliau berkata berdasarkan rakaman klip video ucapan itu yang tular di
media sosial, Sultan Selangor menyifatkan tohmahan serta kenyataan Dr
Mahathir tersebut jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis kononnya
berusul daripada golongan lanun.
Perkara itu turut mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla
yang mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan tersebut.
Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini
turut menuntut Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka.
-Bernama
6 orang berkata:
Jumpa di London.
Ha3
Apa sangat la dengan murka sultan tu. Bila pulak suktan peduli dgn rakyat? Pak karam lupa ka krisis perlembagaan di perak dulu? Kemain dulu pak karam dan walaunta maki hamun sultan perak, lupa ke? Dah taubat atau belum?
Aoa2 pun nanti kita ngopi di london ya... jgn ponteng tauuu.
London, mu tunggu aku datang.
Harap2 mahkamah london tak panggil hadi hari jumaat, diorang kafir ni bukannya tau hari jumaat hadi ada kuliah agama dan majlis tahnik. Nanti ponteng lagi pak lebai tuu.
Kem lebai dah kecoh skang takut kena sapina di London. Tak dtg maknanya kalah. Matilah nak.
Yes London mu tunggu aku datang.
Orang bodoh lagi mau cakap besar!
Betul2.. London mu tunggu pom-pom girl datang tukang sorak ambiga ph..
Dalam islam memamg hari jumaat tu penghulu segala hari.. Kuliah agama hari jumaat banyak keberkatan.. Geng liberal tak caya tu kan?..
Suruh kutip duit tin milo lagi... Cakap pas dah dapat duit... Sekali 200 juta sekali 90 juta... Kan kontradik statement tu, wahai pom-pom girl... Hihi...
Post a Comment