JIKA NAJIB WARAS.
DIA TAKKAN NAK MELAYAN ORANG YANG SUDAH NYANYUK !
LEBIH BAIK NAJIB PI KE P.PINANG TENGOK MASALAH RAKYAT MENGHADAPI BANJIR, DARI MENGHADAPI ORANG NYANYUK.
-Pak karamu-
Mahathir ajak Najib berdebat sekali lagi
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi
mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersemuka
dengannya dalam satu debat terbuka.
Menerusi catatan terbaru dalam blognya, bekas perdana menteri itu
berharap ‘Nothing to Hide 3’ menjadi plaftorm bagi membolehkan Najib
membuktikan segala kritikannya terhadap kerajaan selama ini tidak benar.
Menurut Mahathir, tiada sebab untuknya tidak menyuarakan kritikan
terhadap kerajaan terutama berkaitan isu 1MDB, di saat Parlimen sendiri
dilarang untuk bertanya soalan tentangnya.
“Media elektronik dan bercetak di Malaysia dikawal kerajaan. Malah
Parlimen juga tidak boleh berbincang tentang 1MDB dan RM2.6 bilion dalam
akaun Najib. Perhimpunan Agung Umno diarahkan untuk tidak
membangkitkannya.
“Adakah saya patut berdiam diri ketika ditanya orang asing. Saya sudah
bercakap dengan orang asing sepanjang hidup saya. Buktikan apa yang saya
katakan palsu. Mari adakan ‘Nothing to Hide 3’,” katanya dipetik dalam
blognya, semalam.
Beliau merujuk laporan sebuah portal memetik Najib sebagai berkata,
seorang ‘bekas pemimpin’ akan bertemu dengan mana-mana media yang
sanggup mendengarnya, agar dapat menyebarkan berita palsu dan memfitnah
kerajaan.
Program ‘Nothing to Hide’ julung kali dianjurkan pada 5 Jun 2015 di
PWTC. Najib yang diundang menghadiri forum anjuran sebuah NGO,
bagaimanapun tidak muncul atas faktor keselamatan. Sebaliknya hanya
Mahathir yang berucap.
‘Nothing to Hide 2’ pula dianjurkan sayap pemuda Bersatu pada Ogos
lalu, berlangsung tanpa kehadiran Najib, dan berakhir dengan kekacauan.
Walaupun jemputan telah dibuat, Najib tidak hadir. Program tersebut
hanya menempatkan Mahathir seorang diri di atas pentas sebagai ahli
panel.
2 orang berkata:
Nak berdebat macam mana kalau jawapan hanya SAYA TAK TAHU atau SAYA TAK INGAT.
Hahaha betul tu.. tapi yg sorang lagi tu pulak sebelum masuk mahkamah suka mintak soalan bocor baru berani masuk mahkamah.. so 2 x 5 je..
Post a Comment