PAS JUGA TIDAK BOLEH BERSAMA DENGAN BN, IAITU KUMPULAN YANG SENTIASA DITUDUH OLEH PEMBANGKANG
OLEH KERANA ITU BN KENALAH BERTINDAK MENYERANG PEMBANGKANG DENGAN BUKTI, YANG MENUDUHNYA MELAKUKAN BERBAGAI KESALAHAN DAN PENYELEWENGAN SERTA MENYAMAN MEREKA JIKA BN BERADA DITEMPAT YANG BENAR.
-Pak Karamu-
Pas berkecuali, tidak boleh bersama Harapan, BN
(Ubah saiz teks)
MARANG - Pas lebih selesa untuk menjadi pihak yang berkecuali dalam mendepani krisis keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 dan tidak boleh bersama Harapan.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana di dalam Harapan ada pemimpin penyangak, yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.
Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun tidak menyebut pemimpin yang dimaksudkannya itu.
"Pas tidak boleh memberi harapan kepada Harapan yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.
"Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan Pas," katanya kenyataan medianya di sini, hari ini.
Beliau berkata, Pas juga tidak boleh bersama kerajaan BN iaitu pihak yang sentiasa dituduh oleh pembangkang, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya.
"Kaedah kehakiman Islam yang dipakai oleh Barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan.
"Pas juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu," katanya.
Abdul Hadi berkata, Pas percaya bahawa rakyat yang mahu menjadi hakim yang adil melalui pilihan raya itu sedang menghadapi krisis keyakinan bagi menentapkan hukumannya kepada siapa hendak dihukum atau dipersalahkan.
“Dalam keadaan penyakit politik wang yang menimpa rakyat dan menimpa Umno yang sedang memerintah, yang dimulakan oleh pemimpin terdahulu dan selepasnya.
"Dan kini tidak mudah untuk diubati, namun tidak ada penyakit yang tidak ada ubat yang wajib dicari selagi belum mati, maka ikhtiar hendaklah diteruskan,” katanya.
Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi turut memuji sikap ditunjukkan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Ucapan YB Datuk Husni Hanzalah, Ahli Parlimen Tambun menggambarkan betapa krisis keyakinan berlaku sehingga beliau meletakkan jawatan daripada Kabinet.
"Kerana ada masalah dalam kerajaan sejak dahulu dan betapa saksi yang fasik atau yang tidak nyata adilnya menjadikan beliau tidak boleh dipancing oleh pembangkang yang bertemakan Harapan, yang tidak boleh diberi harapan.
"Namun, beliau bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan.
"Namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan. Berbeza dengan Pas yang menjadi pembangkang yang menasihat, namun sama-sama berpegang kepada konsep nasihat di mana sahaja seseorang itu berada," katanya.
Menurutnya, ketegasan Pas itu bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia.
"Maka Pas tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya. Pas boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan hala tuju wawasannya yang berkekalan," katanya.
Beliau berkata, Pas berusaha mendapat keyakinan rakyat dengan tegas kepada keyakinan Pas sendiri berpegang kepada Islam, disertakan hujah yang diucap, yang tersurat dan tersirat dengan ikhlas yang diketahui ALLAH.
"Pas beramal dengan kemampuan kemenangannya di Kelantan sehingga kini dan ketika Pas memimpin Terengganu dan Kedah yang boleh dibuat perbandingan oleh semua pihak dengan mereka yang juga memerintah mengikut bidang kuasanya.
"Pas tidak pernah jatuh dan kalah kerana kesilapan dasarnya, tetapi dijatuhkan oleh pihak lain yang bertembung dengan dasarnya, bahkan sehingga kini Alhamdulillah, tidak ada seorang pun yang dipanggil SPRM," katanya.
31 orang berkata:
Pefitnah yg kena bayar 200k bolih kekal...dan akan dilantik jadi naib persiden...
Madey yang fitnah Anwar pun kalian angkat jadi Top Dog
Razman tak fitnah pun, memang itu adalah kenyataan, tunduk dan patuh pada kafir
Perjanjian Pangkor 2 sebagai bukti
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5291] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 360 JUTA ,
PESUGIHAN DANA GAIB
PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL
Pembuat amanat sesat hingga pecahbelahkan islam dan berbunuhan sesama islam diangkat jadi presiden parti. Lebai taliban ni mmg suka tengok sesama sendiri bunuh membunuh.
Mcmana la org mcm razman ni boleh jadi pesuruhjaya pas? Takde akhlak langsung, ni semua sebab pengaruh presiden parti yg perangai mcm taliban. Denda 200k tu sila minta dgn lebai nasha, boleh kawtim.
Taliban.. Talib.. Pelajar2 siswa2.. Patut pun pilihan anak muda.. Parti pas satu2nya yang cuba menegakkan islam di malaysia.. Ph selesa dengan islam liberalnya..
Pas satu2nya parti yg berlakon tegakkan islam tapi kawtim belakang dgn BN, baham dedak 200juta. Cakap kat lebai hadi dan 10 budak hitam suruh bawak baju tebal2 gi london, kek sanun sojuk.
Ug ke?.. Bukan ph dah ber ug ngan umno ke?.. Ok la tu sama2 kelepet.. Sama2 tak nak islam sebenar tertegak di bumi malaysia ni..
Tanya husam kuasa 10... Mana satu yang betul.. Ada akaun affin ke pernah tengok duit tu ke pernah tengok dokumen... Terkial2 dah kawan tu.... Hihi...
Jumpa di london bro, jgn ponteng tauuu.
Razman tak fitnah pun .itu kenyataannya jika ko nilai dari segi ilmu. Lain la kalau ko jahil.
Sape nak jumpa? Husam ke? Dia ada ke bukti? Keh keh
Antara ciri2 barua.. senang2 je percaya si kafir lahanat walaupun tanpa bukti..
Setuju..
Dari segi teknikalnya sahaja yg dikatakan fitnah.. padahal hakikatnya majoriti rakyat melayu islam dah lama tahu akan sifat kebaruannya kepada DAP sejak tahun 2008 lagi!
Kaki fitnah pun ada jugak orang nak sokong...dunia akhir zaman ni banyak betul lobai suu
Dah dibuktikan kaki fitnah di mahkamah. Ada jugak yg sokong kaki fitnah. Ambik saham fitnah tu bawak masuk neraka
Husam ada bukti. Cuma akta bafia Bank negara tak benarkan dia dedahkan bukti secara umum. Kalau wanrosli atau wakilnya nak bukti suruhlah hj lobai saman husam. Di mahkamah husam boleh bagi bukti malah lebih 90 juta husam boleh bagi.
Lobai desak husam bagi bukti supaya husam akan didakwa bawah akta bafia spt yg dilalui oleh rafizi. Sbb tu lobai tak nak saman tapi perangkap husam bagi bukti di tempat awam agar didakwa.
Tapi husam bukan bodoh nak masuk perangkap lobai.
KALAU BERANI DAN NAK BUKTI SILA SAMAN HUSAM....
Setuju dgn hj hadi dan pak karam. Penyangak itu sudah rembat komisyen jualan balak dan sapu duit potongan gaji cikgu 14 juta. Nak tanya penyangak tu, duit cikgu yang demo sapu tu dah pulang balik ker belum?
Penyangak sapu duit cikgu tu kena jumpa doktor. Takut ada sakit mental jenis kleptomania....
Husam jeles la tu pas tak layan saman dia, pergi saman sarawak report kes fitnah yang sama... Tak dapat la husam jadi popular kat malaysia...
Sekarang ni bukan pas perlu buktikan dia di pihak yang benar sebab bukan rakyat tak percaya kat pas.. Rakyat tak percaya kat husam dan rafizi... Buktikan je la kebenaran fitnah tu.. Pass je dokumen tu kat sarawak report.. Habis cerita... Kalau dokumen tu ada la..
Ada lagi klepetrokasi?... Ingat dah dihanyutkan banjir kat penang... Hihi...
Lobai penyangak mengato org laen penyangak...kih3a
Dah takde apa yang boleh diharapkan dari ph untuk Islam.. Pan yang ditaja kafir harbi dap atau ppbm yang terhasil dari idea kafir harbi dap.. Nampaknya dap memainkan peranan besar dalam ph.. Bukan kita kata, dia yang ngaku idea dap.. Hihi..
Harapkan lobai habis duit gaji cikgu yik kena rembat.
Marah nampak... Amanah ke amarah ni?... Hihi...
Harapkan hj lobai laksanakan hudud kat Malaysia?? Undang2 hudud yg dah Lulus pun simpan rapat2 kat muzium klate. Projek dedak jugak yg jln lancar Sbb pengarah dia berjawatan LOBAI DODAK 11
Hj lobai kepala wenggg.
1.mintak husam dedah bukti.
2.husam akan kena dakwa macam rafizi.
3.kes tutup mcm kes lembu kondo.
4.nama hj lobai dedak 10 otomatik akan bersih.
Tapi husam bijak. Nak bukti sila saman di mahkamah. Transaksi aping bang boleh tengok. Bukti ada kat situ. Tolonglah saman
Kleptomania ialah sakit mental kronik. Pesakit suka maki orang babi, anjing, biawak, tokey pil kuda, barua, kafir kau, penyangak dll. Pesakit ini suka ambik hak orang terutamanya duit balak, dedak 90, duit gaji cikgu 14 juta, tabung bini mati laki, tanah cina, saham kohila, dll. Kleptomania ini tak boleh tengok cash. Dia asyik nak cilok aje. Contoh mcm tn guru hj wengggg Al kapuri
Hudud belum laksana dah bercakap pasal qazaf 80 rotan kes husni... Mahkamah syariah sekarang mana ada kuasa... Tu la gunanya pinda ruu355... Lain kali sokong dulu ruu355 baru boleh laksana qazaf tu...
Tapi lepas tu ph pun tak boleh la fitnah suka2 hati.. Macamana ph nak bekerja?.. Hmm...
Bukan tak nak pertimbangkan, tapi arwah tgna sendiri dulu tak percaya husam.. Sebab tu sampai sekarang rakyat pun tak percaya husam..
Untuk kelantan, arwah sendiri yang pilih datuk ahmad yaakob, tak pilih husam.. Dah jadi tugas rakyat kelantan la kekalkan calon pilihan arwah tgna tu.. Dok gitu?..
Dari segi teknikalnya sahaja yg dikatakan fitnah.. pada hakikatnya, majoriti rakyat melayu islam dah lama tahu akan sifat kebaruannya kepada DAP sejak tahun 2008 lagi!
Dari segi teknikalnya sahaja yg dikatakan fitnah.. pada hakikatnya, majoriti rakyat melayu islam dah lama tahu akan sifat kebaruannya kepada DAP sejak tahun 2008 lagi!
Post a Comment