Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANA JENTERA PAN&BERSATU ?



Pemuda Pas gerak jentera bantu mangsa banjir

AddThis Sharing Buttons
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil.
 
(Ubah saiz teks)
MARANG - Pas mula menggerakkan seluruh jentera di bawah Pemuda Pas terutamanya Jabatan Amal Malaysia (JAM) untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan banjir di Pulau Pinang, beliau sendiri mewakili  Pemuda Pas telah mengunjungi Parlimen Tasek Gelugor.

"Saya bersama Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohamad Fauzi Yusoff dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudde untuk menziarahi mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir.

"Juga melawat kawasan lain yang dilanda banjir serta menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat untuk meringankan beban mereka," katanya, hari ini.

Buat masa sekarang, katanya, Pemuda Pas melalui JAM telah menggerakkan jenteranya di Pulau Pinang dan negeri berdekatan dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Menurutnya, JAM telah menyusun 3 fasa dalam melancarkan perjalanan operasi iaitu menyelamatkan mangsa banjir, menempatkan mangsa banjir di pusat pemindahan dan membersihkan kediaman serta kawasan persekitaran.

"Untuk menjayakan misi tersebut,  melalui JAM akan menerima arahan Pemuda Pas Khidmat Malaysia dan akan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan yang terlibat agar misi kemanusiaan tersebut mencapai sasaran serta objektif yang ditetapkan," katanya.

Di dalam situasi ini, katanya, Pemuda Pas berharap agar semua pihak berganding bahu meringankan beban mangsa banjir terutama di Pulau Pinang serta mengenepikan fahaman politik untuk memastikan agar segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan berkesan dan sampai kepada sasaran.

Pihaknya turut berharap agar rakyat Pulau Pinang terutamanya mangsa banjir agar bersabar di atas musibah yang melanda dan mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi yang terlibat bagi memastikan segala misi sama ada menyelamat mahupun bantuan dapat dijalankan dengan sempurna demi manfaat semua pihak.

"Pemuda Pas dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar keadaan banjir semakin baik dan pulih supaya semuanya kembali seperti sediakala. Kepada ALLAH jua kita berserah dan kepada ALLAH jua kita memohon," katanya.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Jentera PAN dan Bersatu simpan untuk pru 14, jentera tak berapa besar tak larat nak bantu mangsa banjir, simpan tenaga untuk pru

Jentera kecik je, pemimpin hanya kaki sembang ramai la

Anonymous said...

Lim Go End berpeluk erat dengan Zahid Hamidi, habislah pembangkang kali ni DAPigs dah nak berUG dengan UMNO

Anonymous said...

Aku doakan satu masa nanti tempat tinggal kau pulak dilanda musibah. Masa tu harap2 kau sedar bila masanya utk hentikan bercakap pasal politik kepartian. Amiin ya robb.

Anonymous said...

Ye la parti pas ni.. Tolong je lah.. Masa turun padang waktu2 camni dengan basahnya lagi, pastu nak guna tenaga pikul2 barang berus2 lantai.. Tak kan yang berimejkan 'high class'nak kena buat.. Nak suruh ceramah, berdebat, bersorak sana sini boleh lah.. Baru lah kena dengan imej 'high class' tu...

Anonymous said...

Kat kita dh biasa dah banjir ni, tapi tak la sindir pemimpin macam kau

Anonymous said...

Manpower PAS yang paling hebat, nanti sampai kedapur rumah mereka masuk untuk bersih kan sisa2 banjir, bukan macam PAN dan Bersatu sembang je kencang, macam samdul2 kat sini, hanya jadi penonton

Anonymous said...

Kau tak tengok ke video Lim Go End mempolitikkan banjir di Kelantan? nah sekarang kau kata jangan politikkan isu banjir, aku hanya pulangkan paku buah keras, biar sama2 rasa

Anonymous said...

Ketika Kelantan dilanda 'Banjir Kuning' dahulu, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menghantar bantuan RM1.1 juta bagi membantu mangsa.

Sementara DAP Pusat menghantar 15 kontena barangan yang bernilai kira-kira RM500,000 (setengah juta ringgit) dan RM270,000 wang ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

Hari ini Malaysiakini melaporkan kerajaan Kelantan sedia menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada Pulau Pinang yang kini dilanda musibah banjir besar.

"Kerajaan negeri akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,00 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang," kata Datuk Ahmad Yakob dalam kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.

Kita ketepikan sentimen politik.

Anonymous said...

Kalau camtu kita sekampung la.. Tapi terasa gak bila ujian dari Allah melalui banjir masa kat kita dulu.dikaitkan dengan kebolehan kerajaan negeri menguruskan pentadbiran.. Tak gitu?.. Pandai ke tak pandai ke kalau banjir kena hadap jugak..

Anonymous said...

Betul tu, jangan libatkan politik.. Berapa besar nilai bantuan tu bergantung kepada keupayaan negeri masing2.. Nak bagi banyak pun kena ingat jugak, duit kerajaan negeri perlu utamakan rakyat negeri sendiri dulu.. Yang penting tenaga kerja yang ramai, yang lebih mahal nilai dari wang ringgit yang patut diberi keutamaan..

IrWrWs said...

DAP bukan shj nak berUG dgn UMNO dalam adegan peluk memeluk malah sebelum itu turut mengamalkan politik matang dan sejahtera bila meminta bantuan kerajaan pusat.. tahniah..

Anonymous said...

Makan nasi bungkus setikar tu...

Jagoan said...

Ini yg terbaik. Bukti jelas yg dulunya PP bantu kelantan dan kini Kelantan bantu PP.

Jagoan said...

Ini yg terbaik. Bukti jelas yg dulunya PP bantu kelantan dan kini Kelantan bantu PP.

IrWrWs said...

Cuma kerajaan Kelantan tak cakap “kerajaan PP macam tak wujud..”

Unknown said...

Assalamu alaikum wr wb...saya agustina member MBAH SANGKIL yang berhasil,angka yang di berikan MBAH SANGKIL kemarin 4d SGP tembus 100%,syukur alhamdulillah dapat kemenangan (400.juta) terima kasih banyak MBAH SANGKIL,berkat bantuanny saya sudah bisa melunasi hutang bapak saya sama rentenir,dan bukan hanya itu MBAH saya juga sudah bangunkan rumah untuk kedua orang tua,bagi teman-teman pecinta nomor togel kalau mau menang s eperti saya lansung hubungi MBAH SANGKIL di nomor hp: 0852-1049-3757 tidak usah di ragukan lagi karna saya sudah membuktikannya adapun bantuan lainnya selain pesugihan nomor togel (1.) Pesugihan Uang Ghaib (2) Pesugihan Minyak Penarik Uang (3) Pesugihan Uang Balik (4) Pesugihan Bank Ghaib (5) Pesugihan Tuyul (6) Pelet Ampuh (7) Transfer Janin

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.