Siap siaga hadapi gelombang kedua, ketiga
(Ubah saiz teks)
KEPALA BATAS - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi mahu kesiapsiagaan 100 peratus untuk proses pemindahan mangsa
banjir lebih awal bagi menghadapi gelombang kedua dan ketiga perubahan
cuaca yang dijangka berlarutan sehingga Februari depan.
Ahmad Zahid berkata semua data berhubung ramalan perubahan cuaca yang
diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia akan digunakan
sepenuhnya bagi membolehkan semua mangsa dapat dipindahkan lebih awal
iaitu seminggu sebelum hujan lebat atau angin kencang berlaku.
"Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah suatu pengajaran, bukan dengan
tujuan untuk menuding jari tetapi jika Jabatan Meteorologi dapat
memberikan hasil unjuran dan ramalan cuaca ini lebih awal maka
usaha-usaha pemindahan dapat dilakukan. Semua data ini merupakan
teknologi baharu yang jika tidak digunakan maka kesiapsiagaan tidak
dapat dilakukan.
"Oleh yang demikian, saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Negara akan menggunakan acuan Pelan Pengurusan Banjir Kemaman
kerana acuan ini mengunjurkan seminggu sebelum berlaku untuk
kesiapsiagaan dilakukan. Pemindahan secara fizikal dilakukan tiga hari
sebelum ia berlaku," katanya pada sidang media selepas melawat pusat
pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, di sini hari
ini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan
Kassim; Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican;
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah Datuk
Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat
pusat pemindahan sementara itu sebelum makan tengah hari bersama-sama
mangsa banjir di situ.
Mengulas mengenai lawatannya ke kawasan banjir di Pulau Pinang, Ahmad
Zahid berkata kemudahan dan bantuan untuk mangsa banjir di negeri ini
berada pada skala tujuh daripada 10 dan pihaknya akan memastikan semua
barangan keperluan serta peralatan dapat disalurkan segera kepada
mereka.
"Oleh kerana keadaan yang berlaku di Pulau Pinang ini agak mengejut
maka kemudahan dan perkakasan tidak dapat dibekalkan kepada semua
mangsa-mangsa yang telah dipindahkan. Saya harap Datuk Seri Shahidan
dapat membantu ketua menteri Pulau Pinang dan kerajaan negeri untuk
melakukan penyelarasan," katanya.
Beliau turut mengarahkan pendaftaran segera mangsa-mangsa banjir yang
telah dipindahkan dapat disiapkan sebelum pukul 10 pagi esok kerana
tidak mahu kelewatan bantuan kewangan kepada mangsa banjir seperti yang
berlaku sebelum ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata usaha kerajaan membantu kerajaan
DAP Pulau Pinang jelas membuktikan bahawa perbezaan politik tidak
menghalang mereka berada di pentas dan akar umbi yang sama untuk
menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Sementara itu, Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang akan memberi
kerjasama penuh dengan kerajaan persekutuan dalam usaha memastikan
setiap rakyat yang terjejas di negeri ini menerima bantuan yang
sewajarnya.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid yang bukan
sahaja meluangkan masa malah membatalkan tujuh program sedia ada agar
beliau dapat meninjau keadaan banjir dan angin ribut yang begitu kencang
sekali di negeri ini. Kita hargai kehadiran beliau. Kita bersyukur
tentang beberapa pengumuman yang dibuat oleh beliau iaitu tentang
bantuan yang diberikan," katanya.- Bernama
1 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9487] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 380 JUTA ,
PESUGIHAN DANA GAIB
PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL
Post a Comment