Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Masuk Saja DAP

Salam

PAK KARAMU TIDAK SETUJU MUKTAMAR KHAS PAS KERANA IA KERJA ORANG GILA DAN IA JUGA MENUNJUKKAN KELEMAHAN PAS DALAM MENTADBIR PARTI

Jika MUKTAMAR PAS di adakan untuk mengemaskan parti maka ia tidak perlu, jika ia di adakan untuk menyingkirkan anggota tertentu juga ia tidak perlu, apa yang jelas jika muktamar itu di adakan juga maka ia menunjukkan kelemahan pucuk pimpinan parti itu mentadbir parti dan anggotanya

Selepas Muktamar yang lepas di Ipoh dan selepas ada kenyataan di keluarkan di dada akhbar Harakah maka kita dapat baca tentang nak tarbiyahkan anggota parti, beria-ia nampaknya tapi apa yang PAS buat ? tak ada apa-apapun malah di di katakan kebanyakan ahlinya sudah macam perangai UMNO dan PKR

Orang PAS yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu masih berperangai UMNO yang bersemangat nak pijak tengkok bangsanya sendiri dan membiakkan perangai rasuah baik dari bidang apapun, ini kerana mereka telah di ajar berperangai sebegitu sejak dari dalam buayan lagi

Apabila Pas di ujudkan untuk memperbetulkan keadaan orang melayu dan membawa mereka ke arah islam maka Pas juga gagal berbuat demikian sehinggalah pada hari ini, apa yang PAS berjaya ialah mengujudkan ahli yang bersikap sombong dan bongkak dan suka mencipta musuh sesama sendiri macam UMNO juga

Teringat pula Pak Karamu pandangan Nik Aziz tentang melayu yang akan menyertai DAP baik untuk buat masa akan datang maka Pak Karamu mungkin akan menyertai parti itu selepas kembali dari Makkah nanti dan Pak Karamu mungkin akan membawa sebanyak mungkin kawan-kawan untuk menyertai DAP







11 orang berkata:

Musang Berbulu Kibas said...

Yakin lah kita akan ajaran Rasulullah bahawa pentingnya patuh kepada keputusan syura'maka dengan jelas dalam Pas "Semua dasar parti dikawal oleh Syura dan semua perkara pokok akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pusat.Andai ada yang cuba membawa jemaah kearah bertentangan.
Yakinlah...mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jemaah.Samada jemaah akan menyingkirkannya atau ALLAH akan mengeluarkan mereka dari jemaah.

Anonymous said...

salam buat pakkaramu...semua org ada prinsip...nak masok apa parti itu hak masing2,tepuk dada tanya iman,buat saya muktamar khas pas ada baik nya dan ada buruk nya..mungkin pas akan berpecah sekali lagi...tapi ianya ibarat kita menukar minyak injin kerteta,tukar minyak dan tukar tapisnya juga,bukannya apa2 cuma nak melihat kereta kita berjalan lancar,paling hebat pergolakkan dalam pas bila datok mat nasir menteri besar kelantan masa tu buat hal,pas pecah hingga ramai penyokong2 dato mat nasir ikut mat nasir tubuhkan parti BERJASA,masa tu pas dalam BN dan PAS ditendang keluar dari bn oleh hussin onnyg sewaktu tu presidin umno,perdana menteri malaysia dan juga presidin B.N.....oleh kerana pengaruh umno atas mat nasir menyebabkan mat nasir keluar pas dan tubuhkan parti BERJASA,bila pilihanraya umum thn 78 di adakan pas hanya tinggal 2 kerusi saja mcm batu nisan salah sorang yg masih mengekalkan kerusi dun ia lah TGNaziz,pas nampak mcm nak berkubur dgn dua batu nisan yg tinggal,tapi ALHAMDILLAH lihat lah pas bangkit semula,kemudian kita lihat pula DATO SRI HJ MUDA...bila berlaku perubahan gelombang kebangkitan semangat juang ahli pas....pasa bertukar lagi minyak pelincir nya dan bertukar lagi penapis nya bila dato ASRI keluar dari pas dan menubuhkan parti HAMIM....DAN MCM BERJASA JUGA PARTI HAMIM DITERIMA MASOK B.N....tapi kedua2 parti tadi akhirnya berkubur juga tanpa LAHAT NYA DAN TANPA NISAN NYA...serupa juga berkubur nya kedua2nya parti itu mcm parti NEGARA PIMPINAN DATO ONN JAAFAR,BAPAK HUSSIUEN ONN DAN DATUK KEPADA HISHAMUDIN HUSSIEN....parti yg di tubuhkan krn kekecewaan akan berakhir juga akhir nya,pas ingin memperbetulkan kekalutan yg berlaku dalam pas sekarang,kalau yg rasa mereka boleh meneruskan perjuangan ideologi merteka melalui umno ...masok lah lah umno....kalau yg rasa dapat teruskan perjuangannya melalui dap,masoklah dap...tapi kalau kalau yg jiwa tetap merasakan pas adalah wadah perjuangannya...maka teruskan lah perjuangan nya dalam pas....walau kalau dulu presidin ke atau timbalan presidin ke atau naib presidin ke....terus lah berada dalam pas dan jangan tinggalkan pas...kalau kita ikhlas bukan pangkat,kuasa dan jaweatan yg kita kejar selama kita berjuang dalam wadah islam ini,....ambil contoh bila khalid ibnu walid di pecat dan di ganti dgn usama bin zaid yg dari menjadi panglima tentera islam maka khalid tidak pun meninggalkan pasukan tentera islam bahkan beliau terus berjuang dan tentera islam mencapai kemenangan.....tepuk dada tanya iman...maaf kira nya kpmen saya buat pakkaramu ini agak buat pakkaramu rasa tersinggung,ASSAMUALAIKUM PAKKARAMU

cucu tok gempaq said...

KALAU PAS PENTINGKAN SEMUA KEPUTUSAN PENTING PARTI DI BUAT MELALUI SYURA KENAPA KAH ISU KERAJAAN PERPADUAN DGN UMNO DI BUAT DALAM DALAM GELAP TANPA MELALUI SYURA....KERAJAAN PERPADUAN ITU ADALAH SATU PERKARA BESAR YG KEPUTUSANNYA BUKANLAH BOLEH DI PUTUSKAN DUA TIGA ORG PIMPINAN SAJA,IA MELIBAT KESELURUHAN PIMPINAN,PUSAT,DEWAN ULAMAK,PEMUDA,MUSLIMAT,KAWASAN ,CAWANGAN2,DAN JUGA AHLI2 PARTIU KESELURUHANNYA....YG PELIKNYA PIMPINAN TERTINGGI DALAM PAS IAITU MURSYIDUL AM PAS TGN AZIZ PUN TAK TAHU PERKARA YG PENTING MCM TU....

pria malaya said...

teman paham apa yg cuba disampaikan pak karamu dalam n3 diatas..termasuk 3 peng'komen' diatas...

~PakKaramu~ said...

Terima kasih atas komen saudara, dah tua-tuan ni memeng cepat melatah tapi yang saya tak bersetuju ialah MENGAPA MASALAH YANG SEDIKIT TAK BOLEH NAK SELESAIKAN SECARA SYURA DAN MENGAPA NAK BAWA SAMPAI NAK ADAKAN MUKTAMAR KHAS, YANG INI YANG PAK KARAMU TAK SETUJU,PULAK TU SEBAIK UMNO mengadakan perhimpunan agongnya pula, macam kita nak tiru depa pula, bukankah penyakit UMNO dan PAS tersangat berbeza macam langit dengan bumi

Anonymous said...

salam buat pakkaramu...saya kenal pas masa saya umur 14thn pada thn 1967 dari cikgu kelas saya di sek menengah,saya mula buat kerja pas dalam pilihanraya 69,masa tu dato asri,dato abu bakar omar ahli parlimen kota setar dan hashim gera ahli parlimen pas dari parit perak kalau tak silap tu atau batang padang,dah lama sangat mungkin dah lupa agaknya masa tu pas mengadakan rapat umum di satu kawasan lapang di simpang tanjung kling melaka,saya betul2 rasa bangga bila waktu itu saya menjadi petugas untuk pas yg di kira paling muda sekali,waktu itu saya berumur 17thn....tapi bila pas bergabung dgn kerajaan perikatan untuk buat kerajaan campuran saYA DAH MULA RASA TAK SETUJU....kemudian tak lama selepas itu BARISAN NASIONAL di tubuhkan dan pas telah secara rasmi menjadi salah satu parti dalam B.N....saya betul2 rasa kecewa dan saya mula beralih memberi sokongan dan buat kerja untuk tolong parti FRONT SOSIALIS,saya kerja kuat untuk sama2 membantu parti front sosialis memenangi pilihanraya pada tahun 1974,bila pas ditendang keluar dari b.n. saya mula beralih semula sokongan pada pas semula,bila kepimpinan ulamak mengambil alih kepimpinan pas maka baru lah saya menjadi ahli pas secara rasmi dan kini saya menjadi ahli pas seumur hidup,saya tersangat sayang kat pas,dulu ahli pas kebanyakan org yg sekolah pun tak pas mcm saya ni....petani,nelayan,buruh,penarik beca,lebih2 pun kebanyakan nya guru2 sekolah dan ustaz2 pondok yg bekerja bermati2an untuk pas,walau pun di kenakan pelbagai tekanan oleh kerajaan umno b.n. tapi mereka2 ini tetap tabah dan istiqamah bersama dgn pas....BAK KATA PEPATAH MELAYU...PATAH SIKU BERTONGKAT DAGU....PATAH KAKI BERTONGKAT KETIAK...pas tetap pas....sekarang dah tak sama lagi krn kita lihat sekarang pejuang2 pas masyaALLAH hebat2 belaka,yg graduate,yg master,yg P.H.D.intelektual2,ahli2 koprat dan pelbagai pakar yg duduk sebagai pimpinan pas peringkat cawangan,kawasan,negeri ,pusat,pemuda,muslimat,dewan ulamak....dan pakar2 perundangan dan pakar2 strategi yg ada dalam pas sekarang....mcm tu lah hebatnya pas sekarang.......TAPI ..TAPI...TAPI....YA ALLAH KAU BERI LAH PETUNJUK MU YA ALLAH PADA KAMI DAN PEMIMPIN KAMI YA ALLAH....HANYA PADA MU LAH KAMI BERSERAH....SESUNGGUHNYA KAMI LEMAH YA ALLAH ..KAMI LEMAH YA ALLAH.....

Safana Orleans said...

sy yakin perlu ada EGM bg menyingkir pemimoin yg cenderung pd umno atau menyokong kerajaan perpaduan. BN mmang memerlukan PAS bg menarik undi , tapi mcm biasa perangai BN bila dapat madu sepah di buang .
semoga ustaz mendapat ilham di tanah sulci nanti dan doakan utuk klami.
anak murid mu

dino.yp@gmail.com said...

Assalamualaikum,
hamPAS memang lemah mentadbir manusia, ngaku sajer lah, berjiwa besar dan jadilah orang tua wahai Pak anak Karamu.

AbgTuah said...

PAK KARAMU..

ADA PARTI MASIH KOSONG..

PRESIDENNYA TANYA PAK KARAMU NAK JOIN TAK..?

BAGI MENAIK KAN SALE PARTI TERSEBUT..

PARTI TUPPERWARE...KAHKAHKAH...

JANGAN MAREH NANTI BERTAMBAH TUA..!!!

AbgTuah said...

JANGAN MARAH HANYA NAK BERGURAU DENGAN PAK KARAMU..DOA KAWAN SEMUGA PAK KARAMU SENTIASA DI LINDINGI ALLAH SWT SEMASA MENGERJAKAN IBADAT HJ.

mmjiaxin said...

coach outlet online
oakley sunglasses
tiffany and co
adidas wings shoes
ugg outlet
uggs outlet
mac cosmetics
cheap jordan shoes
tiffany and co
ralph lauren uk
rolex watches for sale
rolex watches,rolex watches,swiss watches,watches for men,watches for women,omega watches,replica watches,rolex watches for sale,rolex replica,rolex watch,cartier watches,rolex submariner,fake rolex,rolex replica watches,replica rolex
coach outlet store
oakley outlet store
coach outlet
new balance shoes
coach outlet online
cheap nike shoes
valentino outlet
mlb jerseys
mm0119

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.