Apabila tiba bulan rejab maka banyaklah ceramah agama diadakan di merata pelusuk tanah air, ceramah khusus Israk Wal Mikraj menjadi tajuk utama para penceramah, para pemimpin jika mereka hadir pada majlis tersebut maka bersampinglah mereka dengan songket yang mahal, sementara orang kebanyakan pakailah se ala kadarnya, ada songkok hitam ada songkok putih, maka masjid yang berada sedikit potong lembu dan kambing, apa-apapun soal makan menjadi priority
Selepas sembahyang makan dulu, selepas makan ngantok, kemudian ustazpun mula main peranan, " Kita umat Muhammad mesti ikut sunah rasul ! kita kena berdakwah menyatukan umat islam, ...... akhirnya bersatu kita roboh ? bercerai kita kokoh ! Ehhh ! silap saya cakap kata penceramah dimajlis tersebut, kemudian dia sambong lagi ..... Rasullullah naik burak, ada kepak, diiringi oleh Jibrail, sampai masjid aqsa sembahyang sunat, lepas tu naik kelangit jumpa Tuhan, lepas tu tuhan suruh sembahyang
Selepas ambil solat diapun turun, kemudian nabi kita suruh kita sembahyang, maka kitapun sembahyanglah macam kita buat tadi, alhamdulillah ! kita semua baru sembahyang, lepas sembahyang kita makan, lepas makan kita ceramah .......lepas ceramah kok banyak yang tidur ..... inilah jenis penceramah yang ada buat masa kebelakangan ini, adehhhh ! kesian mereka, kerana apa demikian ? Sebab takut nanti ada yang tanya pasal akidah ! dan nanti terinayalah mereka ........
0 orang berkata:
Post a Comment