HANYA UMNO DAN PUCUK PIMPINANNYA SAHAJA YANG TAKUT HARAKAH DAN SUARA KEADILAN
Apa sangatlah bahayanya surat khabar Harakah dan Suara Keadilan kepada rakyat, andainya kedua-dua surat khabar itu tidak betul maka ambillah tindakan, menyekat rakyat daripada membaca Harakah dan Suara Keadilan bererti tiada kebebasan minda berdemokrasi itu otokrasi namanya
Kerajaan BN/UMNO tidak wajar membelenggu pemikiran rakyat di Negara ini, biarlah pemikiran rakyat bebas daripada dikongkong oleh suatu suara, lagipun rakyat tentunya dapat menilai akan kebenaran atau kepalsuan, rata-rata rakyat di Negara ini bijak memilih kepada siapa yang mereka mahu pilih
Menyekat suara rakyat bererti demokrasi sudah mati sedangkan demokrasi itu dicanang juga kehulu dan kehilir tanpa segan dan silu namun otokrasi diamlakan juga, dengan sikap BN/UMNO yang sedemikian nanti rakyat akan melarikan diri daripada parti tersebut kerana rakyat nampak BN/UMNO sudah tidak mengamalkan demokrasi
Penyekatan kedua-dua akhbar tersebut menampakkan berita daripada akhbar tersebut benar dan tepat dan pada waktu yang sama rakyat akan menuduh bahawa BN/UMNO cuba hendak melindungi kebusukan mereka dan takut dengan parti pembangkang, ini bererti kerajaan BN/UMNO akan berakhir tidak lama lagi
0 orang berkata:
Post a Comment