DIGUGURKAN KERANA HUBUNGAN ROMANTIS DENGAN SAIFUL BUKHARI
Seorang timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada team pendakwaan kerana dia mempunyai hubungan intim (romantis) dengan Saiful Bukhari, Peguam mnegara menyatakan demikian melalui siaran TV malam tadi, dia turut digugurkan dari badan pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, iaitu menjaga maruah jabatan peguam negara
Peguam negara berkata Azlina tidak bersalah apa-apa, pemecatannya hanya mengelakkan dari sebarang persepsi (persangka) buruk daripada orang ramai terhadap jabatan peguam negara dan kes yang berkaitan, Pak Karamu nampak walaupun Azlina dikatakan tidak bersalah akan tetapi seseorang yang bertugas dimana-mana badan perundangan mereka hendaklah menghadkan pergaulan dengan orang ramai supaya tidak berlaku ketidak adilan dan rasuah
Rasanya Peguam Negara mengambil langkah yang selamat untuk menyelamatkan badan perundangan negara tersebut kerana untuk menjaga imejnya dan badan perundangan tersebut sekalipun tugas Azlina hanya sebagai pencatet kes yang tugasnya tidak melibatkan siasatan dan rahsia siasatan dalam kes Dato Sri Anuar Ibrahim namun dia adalah disebut sebagai Timbalam pendakwa Raya dalam kumpulan pendakwaan, jadi ia tetap dilihat sebagai berjawatan penting
Mungkin orang ramai melihat peristiwa ini sebagai kegagalan badan pendakwaan jabatan peguam negara kerana tatatertib anggotanya dalam pergaulan sosial kurang dititik beratkan mengikut perjawatan penting pada badan perundangan tersebut, ini menunjukkan kegagalan tatatertib badan tersebut mungkin terjelas pada pandangan orang ramai
0 orang berkata:
Post a Comment