Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN/UMNO NAK TAWAN KELANTAN ?

Salam

MUSTAFA MUHAMMAD KENA CAKAP KUAT-KUAT BAGI NAJIB DENGAR !

Cita-cita Pengurusi Badan Perhubungan BN Kelantan Mustaffa Muhammad hendak menawan Kelantan pada PRU 13 nanti agaknya bolehlah dianggap mimpi disiang hari, beliau berkata kesedaran rakyat terutama di Kelantan kini bertambah dengan kuatnya apabila DUN Galas dapat ditawan dari tangan PAS

Isu yang akan menyedarkan rakyat Kelantan katanya mungkin kerana Kerajaan Kelantan gagal menangani masalah Banjir di negara itu termasuk masalah rakyat, selain itu masalah rampasan tanah Lojing dan kemudahan asas, beliau berkata UMNO/BN berkemungkinan besar akan memperolehi sekurang-kurangnya 23 kursi DUN akan ditawan daripada tangan PAS

Janji nak tawan Kelantan ini sudah lama disuarakan oleh Mustafa Muhammad akan tetapi janjinya itu dijawab oleh rakyat Kelantan dengan menolak BN/UMNO dengan kekalahan yang sangat teruk sekali, yang sebenarnya Mustafa cuba bercakap demikian supaya Perdana menteri dengar bahawa dia benar-benar bekerja keras untuk menawan Kelantan

Apabila dia pulang ke Kelantan maka ramailah dia lihat rakyat di negerinya yang susah lalu dia kata kerajaan Kelantan tidak dapat menangani masalah rakyat pada hal masalah rakyat bukan saja di Kelantan akan tetapi diseluruh negara rakyat sedang nazak kenapa ? tidak lain adalah kerana BN (Barang Naik) oleh pemerintahan UMNO sendiri dan yang sebenarnya Mustafa Muhammad perli sama kerajaan BN/UMNO, sementara rakyat Kelantan dari kumpulan UMNO sendiri sudah muak dengan janji Mustafa Muhammad nak tawan Kelantan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.