OMBAK KECIL MENUNGGU GELOMBANG BESAR DI DATARAN SHAH ALAM
Hangpa tak tau kira ? Sebenarnya lebih 1,000 orang berhimpun di Dataran Shah Alam menyokong Raja dan pada 24 haribulan ini menyokong pindaan mengembalikan kuasa Raja yang telah di jatuhkan oleh UMNO pada tahun 1993, adalah dijangkakan gelombang rakyat Selangor akan menjadi Tsunami menjelang 24 haribulan ini
Gelombang PR sudah mula, ini semua gara-gara UMNO yang mulakan dulu di Kelang kononnya sokong sama Raja tapi yang kasi hilang sengat Raja juga adalah UMNO, hmmmm penin dibuatnya, PR perlu buat Gelombang sokongan kepada Raja dan suruh Hasan Ali pula mengepalainya, takut-takut dia ambil MC pula
Jika ada dikalangan rakyat di negara ini yang sukakan kepada Raja maka ia tidak bererti langsung selagi mereka tidak mengembalikan kuasa Raja seperti UMNO. UMNO sukakan kepada Raja akan tetapi dia oranglah yang hakiskan kuasa Raja, Apakah Raja kabur dengan hal ini ? Lepas ini kita mahu lihat rakyat UMNO pula tunjukkan sikap suka pada Raja
Pakatan Rakyat kali ini memang memulakan kejutan yang Maha hebat dalam masalah Raja ini, sebab itu di Tenang Johor rakyatnya sudah mula cium angin Raja dan UMNO sudah mula pening kepala di Tenang, sementara itu Raja Johor sedang memerhatikan angin dari Selangor dan tentunya Raja-raja sudah mula hubung menghubung diantara mereka
Sementara itu pimpinan UMNO nampaknya masih membisu, mereka tak boleh berbuat apa-apa lagi, hendak marahkan PR nampaknya tak kena sebab ada ruang bagi mereka melakukan kekebalan Raja tersebut, nanti jika UMNO marah PR yang nak kembalikan kuasa Raja takut nanti Raja jeling pula pada UMNO
Cuba kita perhatikan, UMNO membisu, PERKASA membisu, akar umbi UMNO juga membisu, adalah sekadar 300 orang kat Kelang yang sokong Raja tetapi sumbang sebab kelunya lidah para pimpinan mereka dengan tindakan Pakatan Rakyat hendak mengembalikan kuasa Raja
0 orang berkata:
Post a Comment