Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA PARTAI SEKULAR

Salam

ZAID IBRAHIM SELAKU PRESIDEN PARTI KITA ISTIHARKAN PARTINYA SEBAGAI PARTI SEKULARISMA

APAKAH ITU SEKULAR ?

Sekular adalah fahaman yang memisahkan antara keduniaan dan Agama, fahaman ini mempercayai keduniaan itu adalah untuk dunia sahaja dan tidak ada kena mengena dengan akhirat, fahaman yang dipopularkan oleh kerajaan Kristian Rome

Islam sama sekali menolak fahaman ini secara total, fahaman islam menitik beratkan soal dosa dan pahala, mereka umat islam percaya bahawa semasa mereka hidup di Dunia ini bekerja dan beramal dengan baik untuk dinilai oleh Allah di akhirat nanti, jadi perhubungan dunia dan akhirat itu tidak boleh dipisahkan

Orang Kristian sendiri percaya bahawa ada dosa dan pahala dan dinilai oleh Allah  di akhirat nanti, jika manusia bekerja dan beramal di dunia habis di dunia sahaja maka penilaian dosa dan pahala itu seolah-olah tidak ujud untuk dinilai oleh Allah di akhirat

Allah menetapkan setiap manusia melaksanakan cara hidup di dunia berpandukan dengan kalimah  tauhid yang telah ditetapkan iaitu  لا اله الا الله   dan dengan melakukan maksud kalimah inilah membuktikan bahawa fahaman Sekular ini ditolak oleh agama islam

Zahid berkata bahawa kebanyakan orang islam tidak faham tentang sekular sebenar sebab itu mereka takut menyertai KITA, apa yang ada didalam fikiran Zaid itulah sebenarnya yang salah pada pandangan agama

3 orang berkata:

Anonymous said...

aduh,maaf,tp nak perbetulkan sikit.secularisme,bukan diasaskan gereja,tapi wujud kerana dan sebagai penentangan terhadap gereja,dan bertujuan untuk memisahkan gereja dari kerajaan,becoz zaman tu pengaruh dan cengkaman gereja terhadap kerajaan monarki eropah sagt kuat,fahaman lak byk yang megarut tidak saintifik,contoh dunia ni flat.secular bawa makna"here" and "now",selaras dgn konsep saintifik seeing is believing" utk lebih detail sila ruj; buku,PROF NAQUIB AL-ATTAS"berkaitn SECULARISME..SALAM

sali said...

Golongan geraja pada zaman pertengahn (dark ages) sangat berpengaruh dan seringkali mencampuri urusan kerajaan,dengan segala rules and regulation yang kekadang tidak masuk akal.Zaman itu golongan yang perpendidikan ialah org gereja(monks dan juga merupakan tuan tanah yang kaya, kekadang anak2 raja juga ada yang berkhidmat di gereja khasnya yang younger sons,kemunculan zaman renaissance dan kemajuan ilmu yang diperolehi dari tamadun islm hasil pertembungan perang salib,telah membuka mata golongan terpelajar ,dan mendedahkan to penemuan2 baru dunia islm,betapa tidak bruntung mgikuti ajaran gereja diangap tidak saintifik,lalu dicadangkan pemisahan antara church n states. buknlah kebetulan renaissance bermula di spain dan portugal,ia mula di spain bila kerajaan islam di Granada (wujud 800 thn, pusat tamadun islam)tumbang to ferdinand n Isabela,dgan itu libry dan gedung ilmu islam di granada dan alhamra jatuh ketangan barat,maka bermulalah zaman keilmuan mereka dengan mencedok dan memplegiat hasil2 karya saintis dan ilmuan islam yang di salin ke bahasa latin tp tidak mengiktiraf penulis asal,eg,karya copernicus,yang jelas ceduk karya ilmuwan islam ,sedangkan copernicus lahir dan hidup selepas al-farabi.( Tak silap ada terjemahn dan copies kitab2 ni kat perpustakaan ;Istaq)

sali said...

bahayanye fahaman secular ini ialah apabila mereka menolak gereja,bermakna menolak juga penglibatn agama dlm pemerintahan,agama tak ada tempat dalam govt,hukum hakam agama have no place,tapi bg islam sbagai addin fahaman gini,tidak dpt di terima pakai( ada tak bahaya ngn aqidah ni? uztaz2 tlg komen sikit)rasanya negara kita ni pun negara secular,dari banyak segi .pndt peribadi sy,selain agama has no place,secularisme juga tidak mementingkan sgt soal moral,sebab itu matlamat menghalalkan cara.Pendidikan kita? falsafah dan rohnya islamic dengan nilai2murni sejagat,tapi implementation? wallahualam" masalah bermula dgn "ilmu yang palsu" itu lah titik permulaan secularisme'ilmu membentuk nilai yang akan meghasilkan world view,ini pula akan di manifestasikan dalam bentuk tingkah laku,so kalu ilmu dah palsu? apa kah jenis manusia yang akan menjadi khalifah di muka bumi ini?aduhai tanah tumpah darahku Malysia,(Tanah Melayu?)

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.