ISTERI-ISTERI DI SELANGOR MULA PASANG BADAN UNTUK SUAMI !
Kesan dari berita BERPOLIGANI MUDAH di Negeri Selangor maka isteri-isteri di Selangor mula pasang badan untuk suami satu pertanda yang sangat baik, jika selama ini isteri-isteri tidak memperdulikan badan mereka, pakaian mereka, kesihatan mereka dan rumah tangga mereka maka sekarang mereka sudah mula untuk memerhatikan kelemahan diri mereka untuk mengambil hati suami supaya tidak mencari lain wanita didalam kehidupan berumah tangga
Apa yang sangat penting bagi jabatan agama islam di Selangor ialah memperhebatkan ajaran agama islam supaya keimanan para wanita di Selangor di isi dengan ajaran islam supaya keimanan mereka kepada hukum-hukum Tuhan di imani dengan sungguh-sungguh, ia dapat mengurangkan tentangan mereka terhadap isu berpoligami yang akan diamalkan di negeri Selangor, tiada seorang wanitapun yang sukakan suami mereka berkahwin lebih dari satu namun hukum pula tidak menghalangnya selagi berkemampuan dalam semua syaratnya kerana itu kefahaman hukum bermadu dan dimadu perlu diterangkan secara yang meluas
0 orang berkata:
Post a Comment