TENGGELAM TIMBUL TOPIK PENDIDIKAN SEX KAT SEKOLAH, KATA MENTERI IBU DAN BAPA "JANGAN BIMBANG !
Apabila ramai dikalangan studen buang anak maka topik pelajaran sex di sekolah dikumandangkan balik mungkin untuk ingatkan semua pehak betapa prihatinnya pehak kementerian tentang gejala membuang anak, lalu pelajaran sex disebut-sebut seolah-olah dengan mempelajari sex dapat membendong orang ramai dan studen dari melakukannya, namun kebanyakan studen apabila disebut saja sex kebanyakan mereka sudah mula membayangkan apa itu sex
Semua orang apabila disebut sex maka mereka secara terus sudah membayangkan perlakuan sex, ini jangan hendak kita nafikan, kemudian mereka pasti berura-ura hendak mencubanya, nacam juga kita bercakap dengan bahaya dadah, apabila kita sebut tentang bahaya dadah maka akhirnya ramai yang mahu mencubanya akhirnya ramai yang terperangkap dengan ketagihan dadah sehinggakan tidak lagi dapat hendak dikawal, ini jangan hendak kita nafikan
Kadang kala manusia apabila kita sebut tentang bahaya sex maka mereka mulalah membayangkan tentang seronoknya sex mereka terlupa dengan bahaya sex sebab benda tu memang syiuuuuk ! Lalu mereka mencari jalan bagaimana hendak mencubanya samalah juga dengan masalah dadah, kerana itu rasanya pelajaran sex ini perlu jangan dimulakan dan disebut dulu, fikir dulu bahayanya sex ini apabila kita sebut tentangnya
Orang bodoh juga faham sex, orang gila juga faham kehendak sex mereka tak perlu belajar melakukannya, orang berpelajaran tinggi dan faham agamapun telah melakukan sex luar jangka dan batas sempadan baik dan buruknya akan tetapi mereka lakukan juga sebab bukan hawa nafsu mereka sahaja yang menggila-gila akan tetapi syaitan juga akan membantu mereka kearah itu
Apa yang perlu difikirkan ialah pehak pemerintah atau yang baitan melihat dulu gejala sosial pada setiap alam keliling mereka diperbetulkan terlebih dahulu sebelum pelajaran tersebut dipraktikkan di pusat pengajian sebelum nasi menjadi bubur
0 orang berkata:
Post a Comment