DI TRENGGANU RUPANYA RAMAI PENGUNDI ATAS PAGAR, MEREKALAH YANG MENJADI KUASA PENENTU MENJATUH DAN MENAIKKAN PAS ATAU BN
Apabila negara Malaysia mengalami kenaikan harga-harga barang keperluan dengan mendadak maka barulah rakyat Trengganu faham betapa susahnya mereka untuk meneruskan kehidupan setelah wang royalty terus ditahan dan tidak di berikan kerana ekonomi negara susut dengan teruknya
Semasa kerajaan PAS memerintah Trengganu royalty minyak telah ditarik balik oleh kerajaan pusat, kesannya kerajaan Trengganu ketika itu susah untuk bernafas lalu rakyat Trengganu yang diatas pagar inilah yang menjatuhkan kerajaan PAS Trengganu, lalu tersungkurlah kerajaan PAS
Hari ini rakyat Trengganu baru hendak celik mata apabila mereka sudah beransur faham akibat ekonomi sebuah kerajaan boleh jatuh, nah sekarang Trengganu bukan saja tak dapat royalti tapi wangnya sudah lesap entah kemana perginya, walaupun wang royalty dijanji akan dikembalikan namun hampa
Trengganu akan jatuh pada PRU 13 ini kerana kehidupan rakyat semakin tertekan disana sebab itulah baru-baru ini rakyat Trengganu sudah berikrar akan menjatuhkan kerajaan BN/UMNO di Trengganu, sudah banyak suara dari rakyatnya menyatakan negeri kaya dengan minyak tapi rakyat papa kedana
0 orang berkata:
Post a Comment