Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

30 METER SAJA ? KAPAL SELAM TAIK KUCING

11 Disember, 2011


Harga 1.5 Billion, Hanya Boleh Menyelam 30 Meter Sahaja..

Tidak ada apa yang hebat dengan kebolehan kapal selam negara kita KD Tun Abd Razak semalam. Ini seperti yang diakui sendiri kepada penulis oleh sumber terdekat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan dua Timbalannya yang diberi peluang untuk menaiki salah satu daripada dua kapal selam kelas Perdana Menteri semalam.
 Untuk sebuah kapal selam dengan kos perolehan sahaja melebihi RM 1.5 billion setiap satu ia ternyata satu pembaziran yang nyata apabila kapal tersebut hanya mampu menyelam sedalam 30 meter sahaja, menurut sumber itu lagi. Ya, 30 meter, itulah kedalaman KD Tun Abd Razak yang dibanggakan sangat oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Malah Ketua Menteri itu sendiri pun ada menyebut tentang perkara itu dalam sidang medianya selepas demonstrasi tersebut. Memang kita akui perairan Selat Melaka tempat di mana demonstrasi selaman ditunjukkan semalam cetek tapi dengan kedalaman 30 meter itu, kapal selam tersebut mudah sahaja dikesan oleh mana-mana pesawat pemburu kapal selam (Submarine hunter) yang dihantar untuk menjejakinya dalam senario peperangan.


Tambahan lagi pengkalan kapal selam tersebut terletak di Teluk Sepanggar Sabah yang berhadapan dengan Laut Sulu yang jauh lebih dalam dari Selat Melaka! Sebagai perbandingan, RSS Challenger milik Tentera Laut Singapura itupun boleh menyelam sehingga 150 meter! Ini kita bercakap tentang kapal selam terpakai yang telah pun berusia lebih 40 tahun. Bagaimana senarionya dalam peperangan laut dalam kalau kapal selam kita hanya mampu menyelam sedalam itu?


Itu belum lagi bercakap tentang kapal-kapal selam terbaru milik tentera laut negara tersebut dalam kelas Vastergotland yang dilengkapi dengan sistem AIP yang membolehkannya menyelam lebih lama dan lebih dalam.


Tidak cukup dengan kedalaman yang tidak berapa dalam, negara kita juga dihambat dengan kos selenggaraan kapal selam tersebut yang mencecah ratusan juta ringgit setahun. Untuk tahun 2011 sahaja, kementerian Pertahanan telah memohon wang tambahan sebanyak RM 500 juta dengan sebahagian besarnya untuk menampung kos selenggaraan kapal selam tersebut.


Di mana kewajarannya membeli kapal selam yang serba kekurangan dari segala tektikal peperangan dan keupayaan yang boleh dipertikaikan? Ini langsung tidak berpadanan dengan kos selenggaraan yg tinggi yang dikeluarkan kerajaan setiap tahun.


Walaupun Ketua Menteri tidak menyatakannya secara langsung tapi beliau membayangkan keadaan kapal tersebut yang sempit dan kurang selesa untuk 32 orang krew yang bertugas di dalamnya. Tidak hairan kenapa Zahid sendiri enggan menyertai demonstrasi selaman bersama Ketua Menteri kerana dia tahu akan keadaan tidak selesa dalam kapal tersebut.


Penulis yakin Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan akan membawa perkara ini (keselesaan krew dan kelemahan-kelamahan lain) dalam sesi parlimen yang akan datang.


Sama ada sedar atau tidak, dari segi politiknya, BN/UMNO membuat kesilapan terbesar dengan membawa pemimpin Pakatan Rakyat menaiki kapal selam tersebut. Mungkin Najib Tun Razak akan menyesal kerana memberi kebenaran kepada Zahid Hamidi menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menaiki kapal selam tersebut.


Penulis juga mendapat khabar bahawa ini baru permulaan, akan ada banyak lagi pendedahan yang akan dibuat mengenai keadaan sebenar kapal selam tersebut yang diselindungkan dari pengetahuan umum. Apa pun kita ucapkan terima kasih kerana memberi peluang ini. Sekarang Pakatan Rakyat bukan setakat membuat pendedahan dari luar, malah juga dari dalam!
~selangorkini

2 orang berkata:

Anonymous said...

30 meter sahaja? Ada enjin tak? Kalau 30 meter tanpa enjin kira berbaloilah, kalau ada enjin kiranya tak berbaloi.

Kot dia boleh menyamar jadi ikan paus, atau mungkin dia boleh terbang. Manalah tahu kot teknologi rahsia tersembunyi.

Jangan menyelam tak timbul-timbul sudahlah. Itu tak dipanggil kapal selam lagi dah, itu boleh dipanggil mangsa mati lemas.

Anonymous said...

30 meter dan 30 minit. Lepas 30 min kapal selam akan lemas. Crewnya dah lama lemas belum 30 min lagi. Kapal selam cap ayam. Berapa banyak duit habis bagi boleh menyelam semasa LIMA baru-baru ni.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.