Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIASALAH POLITIK BISKOT

PRU-13: Fikir jika buat kenyataan, MB Perak nasihat wakil rakyat

December 10, 2011
 
GOMBAK, 10 Dis Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta semua wakil rakyat yang mengisytiharkan tidak mahu bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang bercakap secara ikhlas sebelum membuat sebarang kenyataan akhbar.

Katanya, tindakan menarik balik kenyataan tidak mahu bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13 amat memalukan.

“Saya berharap sebelum seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu membuat kenyataan mereka hendaklah berfikir secara mendalam,” katanya selepas sidang akhbar ketika mengulas tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri BN Perak yang menarik balik kenyataannya ketika beliau ditemui di Universiti Islam Antarabangsa di sini pagi ini selepas seminar “Najib Razak’s Thinking   From the Youth’s Perspective”.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baru, Datuk Hamdi Abu Bakar telah mengisytiharkan tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13 setelah menjadi wakil rakyat selama 21 tahun.

Namun, semalam beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Beruas membuat sidang akhbar membatalkan penarikan diri itu yang jelas menunjukkan bahawa beliau masih mahu bertanding.
Penarikan semula itu atas desakan penyokongnya yang mahu beliau terus bertanding.

Bagaimanapun, kata Hamdi, terpulang kepada pucuk pimpinan sama ada mahu memilihnya semula sebagai calon BN.

Justeru, Zambry berharap selepas ini sesiapa yang mahu menarik diri berfikir habis-habis sebelum membuat kenyataan akhbar.

“Saya tidak mahu ulas panjang kerana sama ada Hamdi terpilih sebagai sebagai calon atau tidak terpulang kepada Pengerusi BN pusat, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Terdahulu pada sidang akhbar, beliau mengatakan tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor King menggelar dirinya sebagai hitam metalik menggambarkan warna sebenar pembangkang yang sepatutnya menentang kezaliman dan bercakap tentang persamaan warna kulit dan agama tetapi dia lebih suka menghina musuh politiknya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.