Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HALAU LALAT TU DARI BUMI KELANTAN, JANGAN PANDAI CAKAP LALAT SAJA

Media pro-BN sembunyi perubahan di Kelantan


KOTA BHARU: Keunikan dan perubahan yang berlaku di Kelantan sejak 21 tahun lalu lebih banyak mendapat pendedahan media oposisi, memandang media pro-BN lebih berminat menyiar aspek negatif. 
  Biarpun media tidak di nafikan sebagai kuasa keempat (fourth estate), namun rakyat luar lebih mengenali Kelantan melalui kaedah konvensional, media alternatif dan media baru. 
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kelantan tidak mendapat keadilan dalam laporan media sejak 21 tahun lalu.
“Walau pun pelbagai program pembangunan un tuk rakyat dilaksanakan sejak dahulu sehingga sekarang, namun media cuba menyem bunyikan laporan sebenar.

Perubahan yang dilaksanakan mengikut acuan Islam yang terbukti dapat melahirkan kesejah teraan kehidupan rakyat negeri ini.

“Biarpun perubahan berlaku di Kelantan, namun media massa tidak berminat melaporkan. Mereka lebih berminat menyiarkan kritikan dan menyanjung pihakpihak tertentu," katanya pada perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam di sebuah hotel di sini baru-baru ini. Draf rancangan tempatan yang dipamer membabitkan jajahan Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan, anggota-anggota Exco dan Timbalan Ketua Pe ngarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kamalruddin Shamsudin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kaedah yang diamalkan media terbabit tidak ubah seperti lalat yang hanya gemar hinggap pada tempat kotor dan akhirnya membawa penyakit.

Menurutnya juga, pameran draf rancangan tempatan adalah langkah positif yang melibatkan rakyat dan kerajaan dalam perancangan pem bangunan di tempat mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.