Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITU TANDA BERSIH 3.0

RUU Perhimpunan Aman: Mahkamah tolak permohonan tiga pemimpin PAS

TERKINI @ 01:00:39 PM 15-12-2011
December 15, 2011
 
KUALA LUMPUR, 15 Dis

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua yang lain meminta kebenaran semakan kehakiman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Rohana Yusuf memutuskan bahawa permohonan yang dibawa itu satu bentuk salah guna proses mahkamah.

Menurut beliau, permohonan itu juga terlalu awal dibawa kerana rang undang-undang berkenaan masih belum menjadi satu akta.

Dewan Rakyat sudah pun meluluskannya dan kini tunggu giliran Dewan Negara.
Tambah beliau, sekiranya sudah menjadi undang-undang, kesahihan akta itu boleh dicabar di mahkamah kelak.

Beliau juga mengarahkan pihak plaintif membayar kos sebanyak RM8,000.

Saman pemula itu difailkan oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) dan dua yang lain iaitu Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Dr Dzulkefly Ahmad masing-masing Ahli Parlimen Kuala Krai dan Kuala Selangor pada 2 Disember lalu.

Mereka selaku pemohon menamakan Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Peguam Kanan Persekutuan Muzila Mohamed Arsad mewakili responden dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili pemohon-pemohon.

Dalam saman pemula itu ketiga-tiga mereka memohon perintah deklarasi bahawa responden telah bertindak melebihi kuasa dan menyalahgunakan kuasa apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi tujuan menjadikannya sebagai undang-undang/Akta yang boleh dikuatkuasakan, meskipun ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang bercanggah dengan Perkara 10(1)(b)dan 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga memohon perintah larangan bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dengan melarang responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan.

Ketiga-ketiga mereka juga memohon satu perintah bagi memaksa responden-responden mengambil langkah yang perlu dan wajar sama ada menarik balik rang undang-undang itu atau membuat pindaan yang perlu agar ianya selaras dengan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, mereka memohon semua arahan dan perintah yang perlu dan berbangkit diberikan dan perintah-perintah lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah.

Hanipa berkata pihaknya akan membuat rayuan, dijangka difailkan selewat-lewatnya awal minggu depan.

“Ini hanya satu permulaan, satu permulaan,” kata beliau yang kelihatan kecewa dengan alasan hakim dalam keputusannya.

Bagaimanapun sambil menghormati keputusan hari ini, Hanipa juga terkilan apabila mahkamah mengarahkan agar pemohon membayar kos kepada defendan.

“Kes ini melibatkan kepentingan awam. (Pada saya) kos tidak wajar dianugerahkan (kepada defendan),” katanya lagi sambil menambah, “kami tiada masalah untuk membayar kos, kami akan buat kutipan, lima sen daripada setiap ahli kami (untuk mendapatkan sumbangan RM8,000).”

Mohamad ketika ditemui pemberita pula berkata “rang undang-undang ini dibentang dengan tergesa-gesa. Tindakan pembangkang bertindak keluar sebab ia dibawa dengan begitu tergesa-gesa.”

“Kita berharap mahkamah akan tetapkan satu tafsiran (berhubung penggubalan rang undang-undang ini)... kami akan membuat rayuan. Kami akan minta peguam kami kemukakan rayuan di mahkamah lebih tinggi,” katanya lagi.

Hatta yang juga pengarah jabatan pilihan raya PAS berkata, “kami kecewa dengan keputusan” kerana berharap mahkamah akan membuat satu keputusan membolehkan perkara itu dicabar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.