Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jamil Khir: Buku Kuan Yew masih diteliti, bukan ‘diharam’

December 08, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Dis — Kerajaan masih mengkaji kandungan buku terbaru bapa pengasas Singapura Lee Kuan Yew meskipun pihak berkuasa agama pusat telah memperakukan agar buku berkenaan diharamkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, buku berjudul Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going masih “diteliti.”
“(Urusan itu) ia di bawah Kementerian Dalam Negeri... ia bukan haram,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat petang semalam.

Apabila diberitahu bahawa ia salah satu daripada 15 buku yang diperakukan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) sebagai haram, kata beliau, “ini bermakna ia masih diteliti oleh jawatankuasa penapisan (agama).”

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha ketika dihubungi berkata buku itu diperakukan haram kerana melanggar garis panduan yang ditentukan oleh jabatan.

“Buku tersebut masih di peringkat kajian Jakim. Kajian terhadap sesuatu buku dibuat oleh jawatankuasa penapisan buku yang dipengersikan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mana sekiranya ia bercanggah dengan garis panduan yang telah disediakan oleh Jakim,” katanya lagi.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Jakim mengharamkan buku terbaru bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, yang menggesa agar Muslim republik itu supaya tidak terlalu “ketat” dalam amalan prinsip-prinsip Islam.

Buku “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going” yang merupakan koleksi temu bual dengan beliau, diterbitkan Januari lalu, disenaraikan sebagai antara 15 terbitan yang “diperakukan haram” oleh Jakim dua bulan lalu.

Perakuan itu akan dibawa ke Kementerian Dalam Negeri untuk membuat keputusan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim mengesahkan keputusan itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa penapisan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam Jakim, Oktober lalu.

Pengarah bahagian itu dan juga ketua pengarah Jakim tidak respons kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan sebab keputusan itu diambil selepas sembilan bulan buku berkenaan berada di pasaran Malaysia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.