Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENCEGAH RASUAH DALAM POLITIK

Guan Eng garis enam langkah integriti hapus politik wang

December 09, 2011
 
KUALA LUMPUR, 9 Dis DAP hari ini mengesyorkan enam langkah integriti bagi menambah baiki kedudukan antirasuah, antara lain menyarankan parti-parti politik diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, langkah pertama itu perlu memandangkan pembabitan parti-parti politik dalam perniagaan lazimnya membawa kepada konflik kepentingan.

“Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim (gambar) mengemukakan enam insiatif sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hari ini.

Katanya, sambutan itu hanya akan bermakna jika kita mengambil enam langkah integriti untuk menghentikan politik wang.

Selain itu, Lim juga mengesyorkan pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni.

“Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luar biasa sebanyak berpuluh ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan.

“Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal (projek) Zon Bebas Pelabuhan Klang dan skandal saham Bumiputera RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada AS$100 bilion iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah,” katanya lagi.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.

“Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka,” kata beliau sambil menambah, 125 cadangan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Katanya, IPCMC bertujuan mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis dan kegagalan untuk menubuhkan suruhanjaya itu hanya menunjukkan ketidak sanggupan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menangani persepsi negatif awam tentang polis.

“Terakhir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dihukum untuk kegagalannya untuk bertindak atau menuntut tindakan daripada pihak berkuasa ke atas rasuah pilihan raya, terutama sekali kegagalannya untuk mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengenakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri.

“Pelanggaran peraturan ini berlaku secara terang-terangan sampai SPR sendiri telah mengaku bahawa RM110 juta telah dibelanjakan untuk poster pilihan raya sahaja dalam pilihan raya umum 2004,” katanya.

Dengan 219 kawasan Parlimen dan 445 kawasan DUN yang ditandingi dalam pilihan raya umum 2004, had perbelanjaan pilihan raya sepatutnya RM88.3 juta.

“Adalah amat jelas bahawa hanya BN sahaja yang dapat membelanjakan sebanyak RM110 juta untuk poster pilihan raya dalam pilihan raya umum tersebut. Meskipun demikian, tiada sebarang tindakan yang telah diambil oleh SPR,” kata Lim.

Menurut beliau, keenam-enam langkah itu jika dilaksanakan boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Tegas beliau, langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.