Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAGI BAIK MCA DEBAT HUDUD SAMA PERKASA

MCA-DAP debat fasal hudud?
Posted on Monday, December 12 @ 16:17:54 PST by paktam
 
Oleh : ABDUL JALIL ALI

SALAH satu tanda pilihan raya semakin dekat ialah apabila pemimpin-pemimhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcl_8LVbcOGW9ElQSGCooXGlgF7rQU01bw_vU4QvOUKvb_Fwp3WbSX12i9VWVlkQ6imy_mcKv8Q59DYiu7wqHC5IE6_WJyl6TcVAUZAZSPcfMH0F-QX9bLUIUym6zG9rvS0dliaJJ-uA/s400/pesalah-judi-dihukum-hudud.jpgpin parti politik rancak berperang sesama sendiri, dan mula bercakap ikut suka hati walaupun atas perkara-perkara yang nampak tidak munasabah.

Sebagai contoh, Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok, Rabu lalu mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdebat isu hudud dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek secara langsung di TV.


Sebelum itu Presiden MCA yang juga bekas Menteri Kesihatan itu merasmikan ‘Forum Awam: Hudud dan implikasi terhadap bukan Islam’ di Wisma MCA. Chua mendakwa perlaksanaan hukum hudud menjadikan negara ini mundur dan menakutkan pelabur.

Sebagai orang bukan Islam Dr Chua tidak perlu bercakap banyak mengenai hudud yang dia tidak arif. Tidak perlu juga berdebat dengan musuh politiknya Guan Eng yang juga tidak tahun hukum Islam, mengenai hudud.

Bayangkan kalau dua pemimpin bukan Islam itu berdebat secara langsung di TV mengenai isu besar Islam? Kalau mereka hendak berdebat pun carilah isu-isu umum.

Tentu sekali perdebatan mengenai video seks – tidak kira siapa yang melakukannya – akan menarik perhatian umum, walaupun tidak dibuat secara langsung di TV. Ini pun satu modal kempen pilihan raya yang baik.

Hal-hal hukum Islam, termasuk hudud, orang bukan Islam tidak perlu berdebat, sebab perdebatan itu akan lebih menimbulkan kekeliruan.

DI PERAK perang politik dihangatkan dengan gelaran ‘hitam metalik’ yang diberikan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Ada pun yang memberi gelaran tidak sopan itu ialah Nga Kor Ming, Setiausaha DAP negeri itu.

Walaupun Kor Ming sudah memohon maaf, pemimpin-pemimpin DAP, termasuk Karpal Singh, amat tidak bersetuju gelaran yang bersifat peribadi seperti itu. Tidak menghairankan ramai meminta tindakan dikenakan ke atas Kor Ming.

Gelaran seperti itu berbau rasis. “DAP bukan parti rasis, tetapi sangat jelas terdapat ahli parti yang tidak berfikir sebegitu. Kenyataan itu bukan hanya menyakitkan, tetapi tidak masuk akal bagi sebuah parti berbilang kaum seperti DAP,” kata Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Kor Ming, bunyinya ‘komeng’. Dalam istilah Melayu komeng ertinya ‘tidak baik’, ‘buruk’ atau ‘busuk’. Kalau orang sebut ‘kelapa komeng’ itu ertinya kelapa yang sudah tidak boleh digunakan, buang sahaja dalam bakul sampah, atau campak sahaja dalam longkang.

Tentu YB Nga Kor Ming tidak suka sekiranya beliau dipanggil ‘kelapa komeng’, sebab itu adalah satu penghinaan. Kecualilah sekiranya beliau memang orang yang suka dihina! Sebab itu kalau kita tidak mahu dihina, kita jangan suka hina orang lain.

DI PULAU PINANG lain pula cara orang menghina Lim Guan Eng. Seperti yang dilaporkan media Khamis lalu, beberapa NGO menghadiahkan ‘kek’ unik serta replika najis manusia kepada Ketua Menteri itu.

Kek hadiah hari jadi ke-51 Guan Eng itu daripada empat individu yang mengisytiharkan mereka sebagai ahli NGO selepas keluar DAP. Dulu mereka puji Guan Eng, bila keluar parti mereka hantar tahi.

Sama seperti gelaran ‘hitam matelik’ memberi kek menyerupai najis juga kurang sopan, dan patut sekali ditentang. Bagaimana perasaan pemimpin sekiranya mene­rima hadiah hari jadi kek berbentuk buah dada, zakar dan sebagainya?

Atau, apa rasa sekiranya hari jadi dihadiahkan dengan kek berbentuk lembu atau bentuk kondo mewah? Tahi adalah benda kotor, najis. Hanya orang kurang ajar yang main benda-benda busuk seperti itu.

AKHIR kalam, apakah Guan Eng akan mengulas mengenai kek tahi itu? Beliau akan berdebat dalam Wacana Sinar bertajuk ‘PRU13, Undi Siapa Jadi Penentu’, anjuran Sinar Harian yang akan diadakan 13 Disember (Selasa), di Auditorium Karangkraf, Shah Alam.

Lain-lain panel ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ketua Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim, dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Moderator: Dr Maszlee Malik.

Seperti biasa, wacana ini terbuka kepada umum. Masuk percuma, tetapi kena datang awal, sebelum 2.30 petang, kalau tidak anda mungkin berdiri, sebab tempat duduk hanya untuk kira-kira 500 orang. Pasti hangat!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.