Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUHIDEN SELAMBA JE

PAS: Muhyiddin, semua terlibat kes NFC perlu letak jawatan

December 12, 2011
 
KUALA LUMPUR, 12 Dis PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menganugerahkan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar meletakkan jawatan kerana ‘lebih bersalah’ dari segi pentadbiran kerajaan dan patut memikul tanggungjawab sebagai anggota Kabinet.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kesemua pihak termasuk Muhyiddin harus tampil menerima tanggungjawab dalam isu kontroversi NFC.

“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat.

“... akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin yang kini merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Gesaan agar Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan jawatan semakin meningkat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas apa-apa termasuk saranan Dr Mahathir Jumaat lalu. Bulan lalu, Muhyiddin berkata tidak wajar pemimpin Umno meminta Shahrizat berundur.
“Dr Mahathir tidak sepatutnya pilih kasih dalam menegur Shahrizat dan tidak kepada Muhyiddin yang meluluskan projek ini.

“Sekiranya sikap Muhyiddin ini dibiarkan berterusan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri, berapakah lagi wang rakyat yang bakal terkorban?” tambah Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak lagi insaf dengan kesilapannya apabila menyatakan bahawa NFC hanyalah isu politik yang dicetuskan Pakatan Rakyat dan terus mempertahankan projek tersebut walaupun kewujudan penyalahgunaan dana awam yang susah dipertikaikan.

“Bayangkan sekarang, Muhyiddin ialah bakal perdana menteri sekiranya apa-apa terjadi pada Datuk Seri Najib Razak, berapakah banyak projek di bawah kelolaan kementerian dan kuasa beliau yang akan berakhir seperti tragedi NFC. Bolehkah rakyat Malaysia menerima seorang bakal PM yang sedemikian?” soal beliau.

Tuan Ibrahim menambah, Dr Mahathir sepatutnya membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani menegur timbalannya, untuk menegur Muhyiddin atas dasar membantu Najib membetulkan pentadbirannya.

Apa yang pelik, kata beliau ialah bila mana hanya Shahrizat sahaja yang diminta berundur sedangkan Muhyiddin tidak diarahkan berbuat demikian.

“Begitu juga dengan beberapa orang yang lantang mempertahankan penyelewengan ini, juga sepatutnya merasa malu kerana ia nyata bertentangan dengan norma biasa.

“Sekiranya Shahrizat disuruh berundur, Muhyiddin pun harus menerima nasib yang sama. Jika Shahrizat saja berundur, tapi tidak Muhyiddin dan lain-lain, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur,” tambah beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.