Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NEGARA NI MAK PAK DEPA PUNYA

UM: Debat AUKU dihalang kerana tiada kebenaran universiti

December 10, 2011
 
 



KUALA LUMPUR, 10 Dis Universiti Malaya (UM) hari ini menegaskan pihaknya terpaksa campur tangan dengan meminta debat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Fakulti Undang-undang universiti berkenaan malam tadi dihentikan kerana ia diadakan tanpa kebenaran pentadbiran pusat pengajian tinggi itu.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM Datuk Rohana Yusuf berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyekat kegiatan pelajar, tetapi seharusnya program berkenan diadakan menggunakan saluran yang betul.

“Mereka langsung tidak membuat permohonan untuk menganjurkan debat malam tadi, dekan Fakulti Undang-undang sendiri tidak tahu ada penganjuran program tersebut sedangkan ia dijalankan di dewan fakulti itu,” jelasnya.

“Universiti tidak halang pelajar nak buat aktiviti, tetapi gunakan saluran yang betul, HEP hanya menjalankan tugas sahaja,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, penganjur seharusnya peka terhadap peraturan kampus, lebih-lebih lagi program debat malam tadi turut melibatkan penyertaan orang luar, bukannya pelajar UM sahaja.

“Pihak keselamatan sendiri tidak diberitahu tentang penganjuran debat berkenaan sedangkan ia melibatkan orang luar UM,” tegasnya.

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) melahirkan kekecewaannya terhadap pentadbiran UM kerana program itu terpaksa dibatalkan ketika sedang berlangsung.

Setiausaha Agungnya Khairul Naim berasa terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan “special branch” ketika debat antara Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sedang rancak berjalan pada pusingan kedua.

Menurut Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan “special branch” telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya aktiviti berkenaan dihentikan dengan segera.

Sehubungan itu kata beliau, “kami di pihak mahasiswa ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut?”

Mahasiswa sudah mulai bosan dengan karenah birokrasi pihak HEP yang mengekang program ilmiah yang diadakan oleh mahasiswa, tambah beliau dan menegaskan, “mahasiswa bukan pelajar sekolah, lagi disekat lagi memberontak.”

Oleh itu katanya, Kami kira HEP sudah tidak relevan dan harus dimansuh.
“Apakah maknanya memegang gelaran mahasiswa tetapi masih perlu mengikut telunjuk dan menjadi ‘yes man’ sahaja?” katanya lagi.

Debat itu berkisar tentang AUKU dan Autonomi Mahasiswa. Ia dianjurkan oleh Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.