Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PECAT ISA SAMAD

Felda: Peneroka tuntut PM kekal Dzulkifli, pecat Isa Samad

December 13, 2011
 
Demonstrasi anjuran Anak dan sekumpulan peneroka di hadapan ibu pejabat Felda petang ini.
 
KUALA LUMPUR, 13 Dis Kira-kira 50 wakil peneroka Felda menyerahkan memorandum menyokong agar Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab, yang diberi surat bercuti selama sembilan bulan, dikekalkan manakala Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dibuang. 
 
Memorandum itu dikemukakan ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

Kumpulan peneroka itu diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi polis.

Mereka melaungkan “undur Isa Samad”, “hidup rakyat” sambil membawa sepanduk bertulis “kami sayang Zul, benci Isa”.

Laporan media sebelum ini menyebut arahan bercuti dikeluarkan melalui surat daripada setiausaha sulit kanan Perdana Menteri 25 November lalu.
Difahamkan, Dzulkifli telah berlepas ke London kelmarin.

Memorandum yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim di ibu pejabat Felda petang ini, antara lain menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya.

Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Dzulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya.

“Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Dzul. “Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS pusat.

Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap beliau menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

“Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Dzul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian,” jelas beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.