Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERTEMPURAN ANTARA MINDA AMK DAN PEMUDA UMNO

AMK: Henti kasari, ugut pelajar turun bendera Najib

December 20, 2011
Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) sewaktu protes mereka Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR, 20 Dis Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pihak-pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda Umno dan pihak Universiti ekoran insiden menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu agar menghentikan perbuatan mereka jika tidak mahu berdepan dengan kebangkitan rakyat. 
 
Pengarah Biro Mahasiswa Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, sejarah Indonesia ketika Reformasi 98 telah membuktikan gerakan mahasiswa mampu menumbang sesebuah rejim.

“Biro Mahasiswa Angkatan Muda ingin memberi amaran bahawa bangkitan anak muda di Indonesia ini bakal berlangsung di Malaysia natijah daripada kebobrokan dan keangkuhan pemerintah Umno-Barisan Nasional mentadbir negara.

“Bebaskan mahasiswa dari segala ugutan dan berikan kebebasan mereka dengan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, Adam Adli Halim, pimpinan Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) yang bertindak menurunkan bendera wajah Najib sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki yang menjatuhkan maruah.

“Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada pemblog-pemblog pro-Umno, kiriman SMS malah video melalui Youtube yang dihantar oleh Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini,” katanya sambil menambah, tindakan itu jelas menunjukkan budaya samseng melebar dalam Umno.

Katanya, Umno cuba mewujudkan politik takut di kalangan mahasiswa yang pada hari ini celik menolak corak kepemimpinan Umno yang zalim dan jumud sebagai langkah untuk membentung mereka terus bangkit.

“Mahasiswa yang kini bangun menuntut agar diberi kebebasan dan keterbukaan untuk para mahasiswa bergerak dan berakademik.

“Tindakan menutup ruang mahasiswa jelas menunjukkan bahawa Umno tidak memahami hasrat dan inspirasi mahasiswa untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cerah,” katanya.

Adam Adli dilaporkan dikasari ketika hendak membuat laporan polis di Bukit Aman petang semalam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.