Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hangpa masing-masing ada kepala angin, tak beradab tak beretika

8/01/12

Pas tegur Azmin, jangan ajar kami

NOOR AZURA SAHRIL


SHAH ALAM – Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuriurusan parti lain.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.

Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.


“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya. "Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Azmin mendesak kepimpinan Pas supaya bertindak terhadap Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor kerana didakwa celupar mengkritik kempen Bebaskan Anwar 901.

Azmin menggesa Pas mengambil tindakan keras terhadap Hasan kerana kenyataannya melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan Hasan dikatakan tidak sewajarnya berkata demikian.

Harun juga berkata, Pas tidak menghalang ahlinya menyertai atau tidak perhimpunan Gerakan Bebas 901.

“Terserah kepada ahli untuk menyertainya atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan beliau bimbang campur tangan pihak luar dalam masalah dalaman parti hanya akan mengeruhkan dan merumitkan lagi keadaan.

“Masalah dalaman parti, serahkan sahaja urusan kepada kepimpinan Pas. Pas bukanlah parti baru.

"Kami sudah banyak pengalaman menyelesaikan konflik dalaman parti dan tahu bagaimana untuk bertindak menyelesaikannya,” katanya

Jelasnya, Pas tidak mahu suasana seperti itu yang menyulitkan dan menyusutkan keadaan berlaku.

Jawatankuasa kerja Pas pusat yang mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dijangka membincangkan kes Hasan.

Harun Taib

1 orang berkata:

Monkey Shooter said...

Sembang sahaja para pemimpin PAS ini. Kalau tak didesak untuk ambil tindakan kepada Hassan Ali ini, sampai bilapun mereka ini masih menyimpan dan siap bermekap kepala Hassan Ali ini untuk disimpan di dalam peti sejuk. Bila kena tegur baru nak marah dan kata orang lain nak mencampuri urusan dalaman PAS. Sedangkan ribuan ahli bawahan dah lama tak puas hati dengan perangai 'Pukul Curi' pemimpin Munafik (Hassan Ali) ini..selama ini apa yang para pemimpin atasan PAS bincangkan berkenaan Hassan Ali ini? Zaman sekarang rakyat sudah celik politik, kalau UMNO pun mereka mampu 'scan' apalagi pemimpin yang berwajah Islam tetapi perangai tidak langsung mencerminkan Islam itu sendiri seperti menyembunyikan keburukan rakan sendiri demi mempertahankan kuasa. Ditegur sikitpun dah nak melenting, inikah slogan 'PAS ganti UMNO' atau 'PAS serupa UMNO'.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.