Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANGKARA SIAPA ? APA MOTIFNYA ?

Sunday, January 8, 2012

Serangan SUNTIKAN BERACUN Terkena PENGIRING WAN AZIZAH

Keadaan Fayyad yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan sudah sedarkan diri.

Jika sebelum ini kita mendengar pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata yang di arahkan ke mata Anwar Ibrahim. Malam semalam satu lagi kecelekaan menimpa Fayyad.

Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7/1/2012 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam. Dr Wan Azizah yang menghadiri pelancaran itu sebagai mewakili Anwar Ibrahim, Seniman Negara, A. Samad Said yang mewakili golongan seniman dan Hishamudin Rais mewakili Reformis & Blogger.

Fayyad mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata ketika Bersih 2.0.
Kempen yang diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) ini menggabungkan beberapa NGO seperti SAMM, Jingga 13, SMM, A.B.U, Lantang juga para Bloggers, Dewan Pemuda PAS & DAPSY.

Tujuan LANG-GAR 901 dilancarkan adalah utk memberi peringatan kepada pihak kerajaan yg semenjak dari tahun 1998 telah terlalu banyak MELANGGAR peraturan dan norma perundangan dalam kes Liwat versi 1998.

Kini dalam kes Liwat 2, kerajaan dilihat cenderung MELANGGAR peraturan dan norma kebiasaan perundangan.LANG-GAR 901 akan menggembleng tenaga pelbagai khalayak masyarakat, khususnya anak muda yang beridealisme untuk juga MELANGGAR norma peraturan sebagaimana kebiasaan dilakukan kerajaan selama ini. Namun LANG-GAR 901 adalah berorientasikan keamanan dalam perjuangan menegakkan KEADILAN.

Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri. Persoalannya sekarang kepada siapakah sasaran sebenar serangan itu?. Adakah ia ditujukan kepada Dr Wan Azizah. Kesan daripada serangan itu, Fayyad telah tidak sedarkan diri dan degupan jantungnya terhenti seketika.

Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, keadaan beliau semakin stabil dan telah sedarkan diri. Namun bahagian tangan kirinya sehingga bahu masih kebas dan gagal digerakkan. Doktor juga sedang menjalankan ujian darah dan air kencing untuk mengenal pasti jenis racun tersebut.

Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Norul, pegawal peribadi Dr Wan Azizah di Balai Polis Seberang Jaya berkenaan serangan terhadap Fayyad.

Sama-sama kita berdoa semoga Fayyad pulih sepenuhnya dan dilindungi dari sebarang komplikasi serius akibat serangan tersebut.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Curare?

Anonymous said...

Hehe.. Jarum sendiri daa.. Semua aktivis 98 tau alat ni..

Anonymous said...

itulah penangan jarum tote bengkok aljub alpenipu alspining alkelentungi!...tak abis2 menipu!...Jijah mana jam omega aku jijah! mana jijah! omega aku jijah!...jawab jijah...pegilah abang ke balai polis!.. saman sama datuk Eskay!.. barulah dapat jam omega tu!....kesian Omega!... terpenjara tidak bertuan,tunggulah bila kamu dilelong akan ketemu seorang tuan si kerdil, tak ada nama, tak petah berpidatu org biasa, tetapi....dia seorang yang bertanggungjawab!

Anonymous said...

klentung busuk macam ni dah jadi klishe!...putar-putar-putar dan putar,macam dah tak ada modal!...rakyat dah tau Jauhari saje yg kenal maknikam! ...betul tak kawan?...usah terpengaruh lagi!

Anonymous said...

hairan kita!...kes fayyad ni terlalu kecil!...sbenarnya ada lagi kes besar yg patut diambil berat...kes menyokong keselamatan israel, kes murtad di Selangor yg lebih berat melibatkan akidah dan dasar! kenapa tak dihighlightkan?..kan itu amat penting kpd kita umat Islam!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.