41 laporan polis, keterangan Nizar petang ini
6 Jun 2012
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, pegawainya akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu pada jam 2 petang di Ipoh, Perak.
Mokhtar berkata, setakat ini pihaknya menerima 41 laporan polis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Nizar.
“Sehingga kini kita telah merekodkan percakapan daripada 39 individu dan kita juga sedang menunggu laporan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara ini.
“Seterusnya kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas kedua-dua laporan dan keterangan Muhamad Nizar diterima, “ katanya semalam.


0 orang berkata:
Post a Comment