Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

al quran jika hanya dibaca masih berdosa

Selasa, 5 Jun 2012

Kitab Allah, Al-Quran Bukan Sekadar Untuk Dibaca Tapi Untuk Diamalkan


ARRAYAH.INFO, Johor Bahru, 5 Jun 2012 - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012 kali ke-55 pada tahun ini, negeri Johor Darul Takzim akan menjadi tuan rumah. Perdana Menteri telah merasmikan majlis tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor selama 5 hari bermula 4 hingga 8 Jun 2012 (14-18 Rejab 1433H) dengan bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Majlis Tilawah Al-Quran kali ini akan disertai 27 qari dan qariah dari semua negeri yang akan memperdengarkan bacaan masing-masing kecuali Kelantan tidak menghantar wakil qariah.

Hadiah untuk peserta yang menjadi Johan qari dan qariah masing-masing akan menerima wang tunai bernilai RM15000, pakej untuk mengerjakan ibadah haji ke Tanah Suci, cenderahati serta sijil penyertaan dan mewakili negara ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2012 pada bulan Julai nanti.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan merasmikan acara penutupan dan penyampaian hadiah.

Majlis akan disiarkan secara langsung di TV1 dan juga boleh ditonton secara online dengan melayari portal www.jakim.tv bermula 8:30 malam.

Sumber : http://hai-kal.com/tag/tilawah-al-quran-kebangsaan-2012/

Kitab Allah, Al-Quran Bukan Sekadar Untuk Dibaca Tapi Untuk Diamalkan
tilawah
Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah.

Wahai kaum Muslimin! Marilah kita akhiri sikap yang tidak sepatutnya terhadap Al-Quran. Kuburkanlah segala kesalahfahaman kita tentang Al-Quran. Mari kita jadikan tahun ini sebagai momentum untuk kembali kepada fahaman yang benar terhadap Al-Quran.

Mari kita jadikan tahun ini sebagai momentum untuk meneguhkan tekad kita untuk senantiasa memuhasabah diri kita dengan Al-Quran; membaca, memahami dan menghayati maknanya; mengamalkan isi kandungannya; serta menjadikannya sebagai sumber hukum untuk mengatur segala urusan kehidupan kita dan sumber penyelesaian atas seluruh masalah kita; seterusnya menerapkan segala isi kandungannya di dalam bentuk per individu, bermasyarakat dan bernegara.

Al-Quran adalah Kalamullah yang mengandungi seluruh hukum-hakam bagi kehidupan manusia. Di dalamnya terdapat hukum-hakam yang mengatur seluruh interaksi
  • samada manusia dengan Al-Khaliq, 
  • manusia dengan manusia yang lain 
  • mahupun manusia dengan dirinya sendiri.
Al-Quran mengandungi hukum-hakam tentang aqidah dan ibadah; tentang mua’malat dan uqubat; tentang akhlaq, pakaian dan makanan. Al-Quran adalah cahaya, mengambilnya adalah petunjuk, meninggalkannya adalah sesat. Menerapkan hukum di dalam Al-Quran adalah wajib, meninggalkannya adalah berdosa.

Sedarlah wahai saudaraku, Rasulullah SAW berpesan kepada kita, siapa saja yang meletakkan Al-Quran sebagai pemimpin di depannya nescaya ia akan memimpinnya ke syurga, sebaliknya, siapa saja yang meletakkan Al-Quran di belakangnya, nescaya ia menjerumuskannya ke dalam neraka. Na‘ûdzu billâh min dzâlik!

Wahai kaum Muslimin! Daulah Khilafah telah dihancurkan pada 3 Mac 1924. Sejak saat itu, hukum Allah tidak lagi diterapkan di muka bumi, sebaliknya diganti dengan hukum kufur penjajah. Sejak saat itulah manusia telah tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, sebaliknya menggantikannya dengan hukum-hakam buatan tangan manusia. Al-Quran bukan setakat diambil acuh tak acuh, malah ditinggalkan terus dan lebih buruk, dipertikaikan kesesuaian hukumnya.

Berhukum merujuk Al-Quran telah lenyap seiring dengan lenyapnya Daulah Khilafah. Tanpa ada sebuah negara, mustahil semua ayat Al-Quran dapat diterapkan. Benarlah kata Imam Al-Ghazali, “Agama adalah asas dan kekuasaan (negara) adalah penjaganya. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan rapuh; sesuatu yang tidak ada penjaganya, akan hilang.”

Wahai kaum Muslimin! sebuah Hadis yang mulia yang menceritakan kepada kita semua tentang Al-Quran. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari Hadis ini demi untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat:

"Awaslah, sesungguhnya akan berlaku fitnah". Aku bertanya: "Apakah jalan keluar darinya ya Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah. Di dalamnya terdapat kisah-kisah apa yang sebelum kamu dan pengkhabaran apa yang akan datang sesudahmu; dan hukum-hakam di antara kamu; Ia (Al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa sahaja yang meninggalkannya kerana sombong, akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk dari selainnya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran yang bijaksana; Ia adalah As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar atau berputar belit; dan para ulama pula tidak pernah puas darinya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata “Sesungguhnya kami mendengar bacaan Al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya."; sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; dan sesiapa sahaja yang beramal dengannya, pahalalah ganjarannya; dan sesiapa sahaja yang berhukum dengannya, adil lah ia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya ia menunjuk kepada Siratil Mustaqim (jalan yang lurus)." [Hadis Riwayat Tirmizi dan Darimi]

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.