Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGUS LA TU !

Wednesday, June 6, 2012

Khaled Nordin 'sangat gembira' siswa tak dapat pinjaman?.. tengok Twitter dia ni..


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu meletak jawatan sekiranya terbukti benar bahawa menteri tersebut mengarahkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menghentikan pinjaman kepada siswa Universiti Selangor.

Katanya, beliau mengesyaki demikian kerana Khaled menurutnnya "sangat gembira apabila pelajar kita tidak dapat wang (pinjaman PTPTN)."

"Di sini kita ada seorang menteri, bila ada keputusan diambil untuk hentikan pinjaman senyap-senyap kepada seribu pelajar, (bukannya) menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan pelajar (tetapi) meraikan dan bermegah-megah mengenai.

"Ini jelas satu perbuatan dendam," katanya lagi mengulas kenyataan Khaled di Twitter semalam.

Katanya lagi, Khaled selaku menteri pengajian tinggi seharusnya bersikap matang dan "paling intelek" dan bukannya "sikap kebudak-budakan untuk berdendam dan hukum pelajar."

"(Khaled) patut matang dan bukan salah guna kuasa untuk arahkan PTPTN terjerumus dalam politik murahan Umno," katanya lagi. 

Khaled dalam tulisannya itu berkata Unisel sepatutnya membatalkan yuran untuk memenuhi kempen untuk memberikan pendidikan percuma.

Khaled menulis demikian malam tadi susulan laporan Malaysiakini bahawa PTPN membekukan pinjaman untuk siswa baru Unisel.


Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.