Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
IKHM: Kadar peratusan penceraian meningkat dalam tempoh 10 tahun

11 Jun 2012
PUTRAJAYA - Kadar peratusan penceraian dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 18 hingga 50 tahun di negara ini meningkat 0.22 peratus pada 2010 berbanding 0.13 peratus pada 2000, menurut Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) 2011.

Pengarah Makroekonomi Unit Perancang Ekonomi, Allaudin Anuar berkata antara faktor penceraian ialah berkahwin pada usia muda, tidak bersedia menghadapi alam rumah tangga dan tiada keserasian antara pasangan.

"Sebab itu perlunya diberi kaunseling kepada pasangan-pasangan ini terutamanya yang baru berkahwin supaya masalah ini dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas membentangkan laporan IKHM 2011 di sini hari ini.


Laporan itu dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.Allaudin berkata 80 peratus daripada pasangan yang bercerai beragama Islam dan selebihnya bukan Islam.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.