Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAWAK BODOH

Ekoran penarikan diri dua ahli, Ibrahim Ali tidak bercadang sertai panel Bersih

June 05, 2012
 
KUALA LUMPUR, 5 Jun — Datuk Ibrahim Ali tidak bercadang untuk mengisi kekosongan dua kerusi panel siasatan Bersih yang telah kosong ekoran penarikan diri dua ahlinya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, beliau tidak bercadang untuk mengisi kekosongan tersebut kerana menurutnya, siasatan itu hanyalah satu tindakan sia-sia dan sekadar membuang masa.

“Mereka nak tarik diri itu terpulang kepada mereka (panel). Tapi saya tidak akan menawarkan diri untuk menyertai panel siasatan tersebut.

“Pada saya tidak perlu dikaji. Sudah sah perhimpunan itu perhimpunan haram, tak perlu siasat lagi,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan penarikan diri.

Dua anggota Panel Penasihat Bebas yang dilantik oleh kerajaan untuk menyiasat dakwaan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0, yang memutuskan untuk menarik diri daripada menganggotai panel tersebut ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim, dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah.

Pengerusi panel, Tun Mohammed Haniff Omar, semalam berkata, Shim menarik diri atas sebab-sebab kesihatan manakala Mohammad Medan pula disebabkan beban tugas semasa.

Tambah Ibrahim (gambar), kerajaan seharusnya meneliti dengan terperinci sebelum melantik mana-mana individu untuk menyertai panel tersebut.

“Kerajaan perlu bertanya dengan lebih lanjut sebelum melantik mereka. Kalau tidak nanti jadi macam ini, keluar macam-macam alasan,” katanya ketika sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Bharu di sini.

Haniff semalam berkata, “kerajaan akan menentukan pengganti kedua-dua mereka ini dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun ia masih lagi belum diputuskan siapa yang akan dilantik untuk menyertai panel bebas ini.”

Pembentukan panel itu diumumkan oleh kerajaan awal bulan lalu. Selain Shim dan Medan, panel tersebut turut dianggotai oleh Haniff selaku pengerusi, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub,  Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan dan ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan pelantikan Haniff sebagai pengerusi panel tersebut.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel itu akan diberi kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.