Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, June 4, 2012

Isu WWW1: Pemuda PAS Perak gesa Polis ambil tindakan sama terhadap akhbar Kosmo

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini menggesa Polis Di Raja Malaysia mengenakan tindakan kepada Akhbar Kosmo berkenaan isu bidaan plat WWW1.

Timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, beliau kesal kerana Polis hanya mengenakan tindakan keatas Dato' Seri Nizar Jamaluddin namun tidak memberi tindakan kepada Akhbar Kosmo.

"Akhbar Kosmo menyiarkan karikatur yang jelas mengenai plat WWW1 sebanyak 2 keluaran, namun tidak ada tindakan.

Adakah pihak Polis hanya membaca Twitter dan tidak membaca akhbar arus perdana?," ujarnya kepada Perakite Daily.

Raja Iskandar berkata, Polis perlu bersikap adil dan janganlah bersikap memilih bulu danam mengenakan sesuatu tindakan.

Menurutnya, kenyataan Nizar berbentuk umum dan padangan seorang rakyat biasa.

"Beliau tidak langsung menyebut nama Sultan Johor dan sama seperti Akhbar Kosmo.

"Namun Polis perlu adil, jika Nizar didakwa, Kosmo juga perlu didakwa," ujarnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.