Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Polis tayang klip video kepada panel Bersih

June 04, 2012
 
PUTRAJAYA, 4 Jun – Panel siasatan perhimpunan Bersih hari ini telah ditayangkan rakaman video oleh pihak polis sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Video berdurasi 40 minit yang ditayangkan hari ini menunjukkan rakaman hari sebelum perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 berlangsung yang dirakamkan pihak polis di ceramah-ceramah dari seluruh negara.

“Panel telah meminta pihak polis menayangkan rakaman video, dan hari ini kami telah ditayangkan rakaman video yang menunjukkan terdapat unsur hasutan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin politik yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu,” kata Pengerusi panel tersebut, Tun Mohammed Haniff Omar.

Tambah Haniff,  pihaknya telah difahamkan oleh pihak polis, mereka mempunyai simpanan 43 klip video keseluruhan perhimpunan tersebut yang berdurasi 73 jam.

“PDRM telah menunjukkan tayangan video 40 minit kepada kami hari ini. “Video tersebut menunjukkan perlakuan peserta perhimpunan pada 28 April lalu dan juga kerosakan harta benda akibat perhimpunan tersebut,” tambahnya.

Beliau yang juga merupakan bekas ketua polis negara turut menjelaskan, ekoran klip video yang terlalu banyak, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak polis untuk melakukan penyiasatan.

“Panel telah meminta pihak polis memberi taklimat pendekatan yang dilaksanakan PDRM ketika bersih 3.0.

“Banyak lagi aspek video yang belum dilihat oleh panel, dan perlu ada perjumpaan dengan polis lagi,” tambahnya.

“Tayangan video yang dibuat kepada kami ini juga tidak akan mengganggu tayangan yang akan disiarkan pihak polis Rabu nanti,” katanya menjawab pertanyaan sama ada video tersebut akan bertindih dengan rancangan polis menyiarkan tayangan video perhimpunan tersebut.

Malah, daripada 73 video tersebut, Haniff menjelaskan, panel berkenaan akan memilih untuk menontonnya.

“Kami akan tentukan klip video mana yang akan dipertontonkan kepada kami, kerana kami mungkin memerlukannya untuk melihatnya dari sudut pandang yang berbeza,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan, “panel siasatan tersebut juga akan turut menjemput pakar asing termasuk dari Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Kanada untuk memberi pandangan dan cara mereka menangani perhimpunan, dan atas dasar undang-undang apa.”

Haniff kemudiannya dilantik Putrajaya bagi mempengerusikan panel tersebut dengan enam anggota untuk menyiasat dakwaan keganasan pihak polis.

Pentadbiran Najib telah pun membentuk dwipartisan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen untuk penambahbaikan pilihan raya selepas Bersih 2.0 Julai lalu, dengan mengemukakan 22 syor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun Bersih dan pembangkang telah menolak syor tersebut kerana ianya tidak meliputi keperluan untuk membersihkan sistem daftar pemilih dan menghapuskan “pengundi hantu”.

Disebalik kritikan tersebut, Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 telah memperolehi 82 kerusi Parlimen, yang mana Barisan Nasional (BN) menegaskan ianya adalah bukti sistem pilihan raya di negara ini adalah benar dan adil.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.