Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANAS PAPA GOMO

ADA YANG SUDAH STANDBY NAK JADI PM ?

I'm Sorry Najib Razak - Demi Rakyat, Skandal Scopene Didedahkan.

Tuesday, June 12, 2012


Najib Altantuya, Najib Pembunuh, Najib Scorpene dan bermacam lagi gelaran lain yang dilabelkan oleh Pakatan Pembangkang terutama dari parti PKR yang dipimpin oleh Wan Azizah selaku Presiden Boneka kepada Anwar Ibrahim.

Gomo dah banyak kali menjawap isu kapal Selam Scorpene ini yang mana sejak Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi pihak pakatan Pembangkang menyerang Najib Razak bagai nak gila ekoran sikap takut mereka kepada personaliti dan keperibadian Najib Razak yang jauh lebih layak memimpin Malaysia daripada Anwar Ibrahim ketua Umum Pakatan Rakyat (HARAM)

"Dibiayai PKR"

Sekarang ini timbul pula dakwaan terbaru dari pihak SUARAM yang telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong berkata

“SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Itulah pekara yang terbaru dimainkan oleh pihak pembangkang yang mana serangan keatas Najib Razak dilakukan bertalu talu walaupun mereka sanggup berhabis duit sampaikan membayar penulis upahan dan lain lain diluar negara semata mata untuk meranapkan kreabiliti Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.

Sebelum Gomo nak dedahkan sesuatu Gomo nak mengajak anda semua ingat permainan pihak Pembangkang yang sebelum ini menyerang Kapal Selam Scorpene dengan dakwaan bahawa kapal Selam Scorpene tidak mampu menyelam dan bermacam macam lagi cerita.

Hakikatnya pada tahun lepas sewaktu pameran LIMA Langkawi Lim Guan Eng, Ramasamy, Mansor yang kesemuanya dari pentadbiran Pakatan PAS,DAP,PKR Pulau Pinang dibawa meyelam dengan menaiki kapal Selam Scorpene mereka tidak mengadakan pentas ceramah terbuka kepada rakyat Malaysia bahawa mengakui kehebatan kapal Selam Scorpene sebaliknya menerusi mulut mulut longkang menyatakan pula "Kapal Selam Malaysia tidak setanding Singapura" Itulah pakatan Pembangkang yang sememangnya amat Jahil dan kejam menipu rakyat Malaysia dan tidak mempunyai semangat Patriotik kepada Negara.

Pendedahan Rancangan Yang Dilakukan PKR yang rakyat Malaysia perlu tahu:

"Gambar hasil superimpose Tian Chua PKR"

Step 1:
- Najib Razak mesti dibunuh peribadinya agar rakyat tidak menyukai dan membencinya. Maka serangan keatas Najib Razak digunakan dengan bermacam macam cara agar rakyat melihat Najib Razak sebagai satu pemimpin yang rosak dan tidak berkreabiliti.

Step 2:
- Rekayasa cerita Najib Razak yang mempunyai skandal dengan Altantuya dan kemudiannya mati dibunuh kerana mahukan Komisyen Kapal Selam. Ini dilakukan bagi terus mematikan langkah Najib Razak dalam memimpin negara.

"Fitnah berterusan dari pembangkang"

Step 3:
- kaitkan Bom C4 yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya dengan Najib Razak kerana waktu itu Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan. Wujudkan satu kombinasi yang mana hanya Pihak Tentera sahaja mempunyai aksess kepada Bom C 4 walaupun umum mengetahui pihak Polis dan pengganas juga boleh sampai kepada aksess menggunakan Bom C 4.

"Fitnah PKR"

Step 4:
- Lebih tragis jika dimasukkan elemen bahawa Altantuya mengandungkan anak Najib Razak dan kerana itulah Najib Razak mengebom Altantuya agar anak didalam kandungan juga mati hancur berkecai.

"Rekayasa Jalan Cerita Fitnah Pakatan"

Step 5:
- Kurang berkesan Fitnah keatas Najib Razak kerana dikatakan membunuh Altantuya lalu dikaitkan pula dengan Rosmah Mansur isteri Najib Razak yang mana diupah orang tertentu menyatakan yang membunuh Altantuya adalah Rosmah Mansur akibat cemburu Najib Razak mempunyai skandal wanita Mongolia. (Skrip ini termasuklah Bala, Raja Petra dan lain lain yang menokok tambah cerita menjadi lebih sedap)

"Terus Menfitnah"

Step 6:
- Isu Scorpene mesti ditanam dalam minda rakyat agar kekal sentiasa, maka isu Kapal Selam Scorpene tidak boleh menyelam dimainkan bertalu talu setelah fitnah keatas Najib Razak dan Rosmah Mansor gagal.

"Meraih Simpati"

Step 7:
- Simpati dari bapa Altantuya dibawa sampai ke Parlimen yang menunjukkan benar benar lah Najib Razak terlibat dalam pembunuhan tersebut atas faktor komisyen Kapal Selam. Hakikatnya Bapa Altantuya ditipu hidup hidup oleh Anwar Ibrahim.

Step 8 :
- Mengupah penulis dari luar negara agar memainkan isu Kapal Selam, Komisyen, Altantuya sekaligus bagi mewujudkan persepsi kepada rakyat Malaysia yang kononya isu tersebut kecoh dubualkan diseluruh negara termasuk Perancis. Walaupun hakikatnya tidak kedengaran langsung isu tersebut diakhbar ataupun berita Perancis mengenai Scorpene.

Step 9:
- Menghalakan pula serangan kepada Tun Dr Mahathir mengenai kapal Selam Scorpene yang kononya Tun M yang patut dipersalahkan. Ini merupakan serangan bertali arus dalam menerjah kepimpinan negara yang kita tahu pengaruh mereka besar dalam memberikan undi buat kerajaan BN.

Step 10:
- Menjaja cerita yang Mahkamah Perancis telah membicarakan isu Scorpene dan kes tersebut mejadi tumpuan seluruh dunia. Najib Razak dikatakan dengan pelbagai tomahan walaupun hakiknya tidak ada satupun kes di Mahkamah Perancis yang menyebut Scorpene, Altantuya ataupun Najib Razak.

Step AKAN DATANG:
- Serangan ke atas Rosmah Mansur akan menyusul setelah lama menyepi yang mana rekayasa berulang ulang ini akan dimainkan dari masa ke semasa sehinggalah kepada Pilihanraya ke 13.

Itu yang Gomo perhatikan dalam isu Kapal Selam Scorpene ini dan anda sendiri mampu membuat penilaian mengenai pekara ini kerana pihak pembangkang bukan memulakan serangan ke atas Najib Razak sebulan dua tapi mereka telah lakukan bertahun lamanya semenjak Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.