Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YE KE ? DAH TAK DE BIROKRASI ?

Suruhanjaya umum empat terma rujukan tambah baik perkhidmatan awam

15 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mengumumkan empat terma rujukan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan awam melalui penyampaian berkesan kepada rakyat.
  
Menurut kenyataan sekretariat suruhanjaya berkenaan, terma rujukan itu termasuk merasionalisasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan, serta memastikan transformasi kepimpinan perkhidmatan awam yang berupaya menyeimbangkan kepentingan politik dan pentadbiran.
  
Selain itu, ia juga untuk memperkasa modal insan perkhidmatan awam bagi menyampaikan perkhidmatan yang responsif kepada kehendak pelanggan.
  
Terma keempat adalah untuk mengutamakan kebajikan penjawat awam dengan memastikan perkhidmatan awam yang lebih fleksibel dan adil.
  
Suruhanjaya khas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi itu telah bermesyuarat dua kali iaitu pada 7 Jun dan Rabu lepas dengan kesemua enam anggota suruhanjaya menghadirinya.
  
Suruhanjaya itu turut mempelawa orang ramai mengemukakan cadangan dan pandangan ke arah penambahbaikan perkhidmatan awam negara melalui laman web http://docs.jpa.gov.my/skmtpa. -

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.