Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

23 July 2012

LAJIM MASUK PAS, BOMBURING MASUK PKR?


Semalam Timbalan Menteri Kabinet Ah Jib Gor,  Lajim Ukim bertandang ke Kota Baharu bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bomburing membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Kedua-dua tindakan orang kuat BN Sabah ini bukan perkara main-main. Bukan calang-calang orang boleh buat keputusan sedemikian kerana berada dalam BN ertinya hidup mewah, projek banyak, business mudah dan macam-macam kenikmatan dunia lain.


Kalau kedua-duanya berani melakukan keputusan drastik sebegini maknanya mereka sudah nekad dan tidak kisah apa yang akan terjadi kepada mereka selepas kemungkinan tidak lagi bersekongkol di atas 'ranjang' BN. Sudah tentu mereka ada agenda besar untuk menyelamatkan rakyat Sabah dari cengkaman penguasa dan penzalim sedia ada.


Sebelum itu, tidak lama dahulu Lajim meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno dan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort.


Apakah ada kejutan lebib besar pada hujung minggu ini? Bomburing memberitahu bahawa beliau akan membuat pengumuman penting pada satu program di Dalit, Tuaran Ahad ini. Anwar juga dijadualkan ke Sabah pada hujung minggu ini. Apakah mereka berdua akan berada sepentas pada program tersebut.


Mungkinkah Lajim masuk PAS dan Bomburing masuk PKR selepas ini? Atau kedua-duanya menyertai PKR sempena kehadiran Anwar ke Sabah hujung minggu ini?


Gambar ihsan Hdaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.