Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BEGINI LA PENCERAMAH PEH !

Bila penganjur ceramah tak dak duit, penceramah mewah mohon jangan buat kelaku

Peristiwa 1 (sebelum tahun 1990)

Tiba-tiba Mat Sabu ajak aku teman dia nak ceramah di Melaka. Baru ja naik kereta, dia tanya aku, "hang ada duit?" aku kata ada la RM30. "Bagi kat aku dulu. Nak boh minyak. Nak bayaq tol. Satgi kalau depa bagi duit lepas ceramah, aku bayaq balik". Sampai tempat ceramah, kami minum kat gerai di situ. Bagai biasa, ramai ahli yang seronok minum dengan Mat Sabu. Lepas minum, dia bayar. Dalam hati aku kata,"duit tak dak pun berlagak nak belanja orang".

Lepas ceramah, sebaik sahaja naik atas kereta, Mat Sabu bagi tau, "Duit hang kemudian la aku bayaq. Tak dapat duit malam ni. Biasa dah. Melaka ni bukan ramai orang. Penganjur pun tak cukup duit nak bagi kat kita. Tak dak makan malam la kita malam ni (kebetulan penganjur tak jamu makan malam). Duit tadi dah habis".

Untuk menghiburkan perut yang lapar, kami bercerita sambil gelak deras-deras sepanjang perjalanan balik.

Peristiwa 2 (tahun 80an jugak)

Mahfuz nak pi ceramah di Temerloh. Naik bas dari Alor Setar. Sampai tengah jalan bas rosak. Oleh kerana nak cepat, terpaksa naik bas lain. Kena bayar tambang lain.

Akhirnya, dia sampai di stesen bas Temerloh. Oleh kerana terpaksa bayar tambang lain tadi, duit terpaksa dibelanja lebih dari yang dijangkakan. Masa sampai di stesen bas Temerloh tu, betui-betui ada dua kupang dalam poket - 20 sen!

Mahfuz telefon rumah Haji Suhaimi Said (masa tu Suhaimi ahli PAS). Anak dia yang jawab. Suhaimi tak dak di rumah. Duit dah tinggal sekupang dalam poket. Sekupang dah digunakan untuk telefon Suhaimi tadi (guna public phone, masa tu mana ada handphone).

Sambil hisap rokok (masa tu Mahfuz hisap rokok lagi, dia berhenti merokok selepas ditangkap dalam Operasi Lallang 1987), Mahfuz berdoa: "Ya Allah! Ada la orang PAS mai kot stesen bas Temerloh ni".

Ditaqdirkan Allah, Mahfuz ternampak Allahyarham Cik Gu Hashim lalu kot situ (Cik Gu Hashim ialah aktivis PAS di Kedah yang ditukarkan ke Pahang kerana kuat sangat PAS di Kedah tu tetapi bila ditukarkan ke Pahang, dia kuat PAS di Pahang la pulak).

Ni, ca hampa bayangkan betapa menggelejatnya Mahfuz keriau panggil dan ligan Cik Gu Hashim dalam keadaan duit tinggai sekupang dalam poket dia!

Tahun 2012

La ni banyak penceramah mewah. Malas la aku nak sebut nama. Ada yang dapat RM1,000 bersih. Maknanya tak masuk tambang dan lain-lain. Ada yang dapat RM2,500.

Hujung 90an, aku antara orang yang awal-awal bantai Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana minta duit banyak-banyak bila nak panggil dia ceramah. Masa tu aku ahli PAS lagi.

Biasa la, bila kita bantai pujaan ramai, macam-macam orang tibai. Sama juga macam aku mula-mula tibai Ustaz Nasharudin Md Isa sebaik sahaja selepas pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 (aku tulis dalam akhbar Siasah) dan juga ketika mula-mula dedahkan perbuatan sebahagian pemimpin tidak bermoral yang berkendak dalam gelap dengan Umno selepas pilihan raya 2008. Ikut suka hampa la nak kata pun; penyebar fitnah la, fasiq la, munafiq la, Syiah yang dengki la, Yahudi la, kafir la, macam-macam. Ayat "inja akum fasiqun bi naba'in fa tabayyanu" dah tentu ditujukan untuk aku.

Balik kepada cerita penceramah mewah. Aku tak nak bantai depa. Allah Maha Melihat, aku tak dengki. Rezqi depa la tu.

Tapi bagi la peluang aku nak ingatkan, bila ceramah dah tak banyak lepas pilihan raya nanti, orang datang ceramah pun tak ramai dan penganjur pun tak mampu lagi nak sedia duit banyak-banyak, mungkin masa tu hampa tak akan dijemput berceramah lagi sebab tak dak duit nak bayar kat hampa.

Masa tu, bila musim tengkujuh datang lagi, mohon la sangat-sangat jangan la buat kelaku pulak. Tu ja yang aku nak cakap sampai terpaksa tulis panjang lebar. Harap tak marah. Mohon maaf! (Gambar di atas ihsan Malaysiakini)

1 orang berkata:

Unknown said...

Salam Pak

Orang lama memang merasa keadaan itu.
Pada PR Negeri Kelantan tahun '79 tak silap saya, masa tu saya masih remaja. Saya dijemput berceramah tanpa pembesar suara (SPR tak bagi pakai pembesar suara, lepas darurat). Melaunglah saya dan penceramah lain semasa berceramah, memang mengering dan memeritkan tekak. Tapi jangankan air teh atau air batu, air sejuk pun nasib baik ada. elaun ceramah jangan tanyalah!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.