Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH OVER

10 July 2012

Umno politikkan tema Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR 10 Julai: Pemilihan tema ’1Malaysia Janji Ditepati’ untuk sambutan kemerdekaan ke-55 pada tahun ini
melambangkan Umno begitu terdesak hingga sanggup mempolitikkan hari bersejarah negara.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail menyifatkan tindakan itu politik murahan dalam strategi Umno memancing undi rakyat.

“Janji Ditepati’ adalah tema yang digunakan atas kapasiti Umno untuk menggula-gula dan membeli rakyat. Saya tak faham apa kaitannya dengan sambutan kemerdekaan,” katanya.


Tema itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 25 Jun lalu.

Aishah berkata, hari kemerdekaan merupakan hak seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya, kebebasan yang diperoleh daripada penjajah dengan penuh rintangan dan perjuangan perlu diraikan bersama-sama. Justeru tidak ada isu yang mengaitkan sambutan itu dengan tema tersebut.

“Umno patut tahu bezakan mana satu hak Umno dan hak rakyat, malah ‘Janji Ditepati’ itu habuan yang dijanjikan Umno dan bukannya hasrat seluruh rakyat,” tegasnya.

April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan kempen ‘Jelajah Janji Ditepati’ yang bergerak ke seluruh negara dalam usaha kononnya mempromosi janji-janji Umno dan sebagai ‘platform’ untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Umno turut menggunakan jentera kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjayakan karnival itu disamping mengundang artis tempatan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32538

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.