Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEPA GENG CIUM TANGAN, UMMMMAAAAAH !

Hj. Hadi betul. Salahuddin tak layak jadi MB Johor

0
0
  
Oleh: MSK

Dalam  bulan March, sudah terdengar angin-angin mengatakan Salahudin Ayub akan kembali ke Johor untuk memimpin Pas Johor merampas negeri tersebut dari BN. Penghujung March, angin-angin itu semakin menjadi kenyataan, malah member aku, Cenangau pun cukup yakin Salahudin Ayub bakal jadi Mentri Besar Johor. (Boleh tengok disini. Salahudin confirm sebagai Menteri Besar Johor.)

Tapi, peluang Salahudin Ayub jadi Menteri Besar Johor terancam apabila tercetusnya kes www1 berikutan tweet yang dibuat oleh Nizar pada 31 Mei.

Salahuddin Ayub berasa kecewa kerana menganggap kenyataan Nizar itu boleh menyebabkan Pas hilang peluang di Johor. Salahudin juga mendakwa kenyataan Nizar itu merenggangkan hubungan parti dengan istana. (Boleh baca disini).

Malah, Salahuddin menganggap apa yang dilakukan oleh oleh Nizar itu satu kesalahan!.”“We will leave it to the police. Let the matter be resolved through the proper channel. Everyone makes mistakes.”

Pesuruhjaya Pas Johor, Dr. Mahfodz juga mengutuk Nizar. Dan lebih menjengkelkan ialah apabila dia berkata, “We, as the people,  have to respect that and need not comment on such matters. The ruler knows what he is doing. Again, we have to respect him because he knows more than us.”

Kalau kedua-dua pemimpin Pas Johor ini terlalu takut dengan Sultan dan beranggapan Sultan langsung tak boleh ditegur, maka kedua-duanya tak layak jadi pemimpon rakyat. Kedua-duanya hanya layak jadi Menteri Besar macam Zambry Kadir. Jadi Pak Turut .

Pada 6 Jun, aku buat satu posting bertanya apakah pendirian pemimpin Pas dalam isu www1 ini. Dalam posting itu, aku tulis, “ Kalau pemimpin Pas hanya berdiam diri dan takut untuk menyatakan kebenaran demi menjaga kepentingan diri atau parti..jangan menyalak sebagai pemimpin rakyat.”

Pertengahan bulan Jun, berlaku cabar mencabar diantara Pas dan Umno. Ahmad Maslan mencabar Pas supaya mengambil tindakan terhadap Nizar. Dan pada 17 Jun, Haji Hadi menjawab cabaran Umno itu dengan mengatakan..” apa juga hukuman bakal dikenakan terhadap Nizar adalah hak Pas, bukannya hak Umno atau BN menentukannya.”

Ramai juga yang tertanya-tanya apakah Pas akan mengambil tindakan terhadap Nizar? Malah ramai daripada ahli Pas sendiri takut kalau-kalau tindakan Pas terhadap Nizar akan merugikan Pas. Cenangau pun dok bagi warning kat Presiden dia. “Aku harap kalau ada cadangan dari mana-mana pihak dalam parti yang nak PAS ambik tindakan ke atas Hj Nizar aku harap sangat PAS buat pengiraan semula untung rugi tindakan tu. Takut nanti dari rugi secupak jadi rugi segantang pulak.”

Akhirnya, pada 1 Julai lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang dikatakan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bukan calon Menteri Besar.

Percanggahan pendapat diantara Salahuddin Ayub dengan Nizar dalam isu Sultan Johor sudah dianggap selesai. Tidak ada tindakan terhadap Nizar. Tapi dengan menyatakan bahawa Salahudin Ayub bukan calon Menteri Besar walaupun sebelum ini , semua media dan ahli Pas mencanangkan  bahawa Salahudin Ayub adalah calon Menteri Besar…sudah cukup untuk memberitahu Salahudin..”You’re not the right man!!”

Salahudin belum pernah jadi Menteri Besar. Dr. Mahfodz, PJ Pas Johor juga belum pernah jadi Menteri besar. Salahudin kena tanya orang yang ada pengalaman jadi Menteri besar macam mana susahnya berurusan dengan sultan.

Dalam hal Sultan Johor, Umno pun tak mahu dilihat membela Sultan Johor. Bila Uncleseekers kutuk Sultan Johor, Umno buat tak tau sampai hari ini.

Umno ada kuasa untuk mengambil tindakan macam depa ambil tindakan terhadap Nizar, tapi Umno tak ambil tindakan terhadap Uncleseekers sebab Umno pun seronok Sultan Johor dikutuk.

Tiba-tiba Salahudin cuba pertahankan Sultan Johor dan sanggup kutuk member sendiri. Apakah tindakan Nizar menyebabkan Pas hilang sokongan atau tindakan Salahudin yang menyebabkan rakyat tak suka kepada Pas?

Sapa-sapa pun tak suka kalau Sultan hidup penuh dengan pembaziran dan pemborosan. Dan kalau Salahudin mempertahankan Sultan yang boros, dan kalau Dr. Mahfuz menganggap Sultan boleh buat apa saja…maka macam mana rakyat boleh mengharapkan pemimpin macam ini.

Haji Hadi membuat keputusan yang cukup tepat. Kalau nak jadi pemimpin rakyat, maka rakyat perlu diutamakan. Kalau nak jadi pemimpin yang kaki bodek Sultan…jadi macam Zambry Kadir.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/03/hj-hadi-betul-salahuddin-tak-layak-jadi-mb-johor/

2 orang berkata:

hussin said...

apa yang boleh diharapkan dari "play safe" politician? yang lebih diutamkan adalah kepentingan diri sendiri - menteri besar jadi idaman - justeru mesti raih undi bukan sahaja dari penyokong pas, undi penyokong umno juga amat diperlukan, tidak gitu?

politik "play safe" ini ternyata berjaya dengan mendapat undian paling tertinggi bagi jawatan naib presiden pada pemilihan 2011.

wallahu'alam.

ahmad said...

Tulisan PakKaramu mudah, menarik dan senang difahami. Jemaah PAS perlu ada jati diri serta menyintai perjuangan Islam sepenuhnya tanpa takut atau ragu kerana manusia itu hanya bermula dengan satu Adam dan Hawa jua. "Play safe" atau takut kepada Presiden atau takut nama tak naik untuk jadi calon dalam PAS hendaklah di pertahan dan dihindarkan pada sebilang masa. Tidak ada hipokrit dan wala' membabi buta dalam PAS Insyallah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.